PUTRAJAYA: Enam individu ditahan kerana disyaki terbabit memasang peranti dan perisian bagi tujuan menggodam Sistem MyIMMs Jabatan Imigresen Malaysia.
Dua daripada mereka difahamkan merupakan kakitangan Jabatan Imigresen manakala empat lagi ialah pekerja teknikal syarikat pembekal sistem.
Kesemua suspek berusia di antara 34 dan 42 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.
Suspek dikenal pasti terlibat dalam membantu sindiket menjalankan aktiviti penggodaman sistem tersebut.
Dipercayai kesemua kakitangan yang bersekongkol dengan sindiket tersebut turut menerima rasuah sebagai habuan.
Penahanan keempat-empat pekerja syarikat pembekal tersebut telah membawa kepada penemuan beberapa komputer di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dilengkapi peranti serta perisian penggodaman.
Rentetan itu, beberapa perkakasan IT dan komputer telah disita daripada pejabat JIM.
Turut disita komputer riba dan external hard disk milik pekerja syarikat pembekal sistem yang digunakan bagi tujuan penggodaman sistem.
Setakat ini, SPRM telah mengenal pasti empat hotel ternama sekitar Kuala Lumpur yang dijadikan pusat operasi penggodaman.
Tangkapan terbaru ini adalah lanjutan daripada operasi bersama Jabatan Imigresen yang telah dilaksanakan pada 6 April lalu di 22 lokasi di Kuala Lumpur dan Sungai Petani.
Terdahulu, lima tangkapan telah dibuat terhadap ketua sindiket yang bergelar Datuk dan empat anggota sindiket termasuk seorang bekas pegawai JIM.
Sebanyak 147 akaun (milik 30 individu dan 11 syarikat) berjumlah RM9,977,954.95 juta telah dibekukan.
Selain itu, dianggarkan sebanyak 30 unit hartanah berjumlah RM11,868,835 dan 66 buah kenderaan berjumlah RM13,691,847 telah disita serta dibekukan yang mana jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM25,560,682.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbaharu ini.
"Kami melihat isu penggodaman ini sebagai perbuatan yang amat serius kepada aspek keselamatan negara.
"Kesemua suspek akan disiasat dalam penglibatan mereka yang bersekongkol dalam menggodam sistem imigresen.
"Segala sudut undang-undang jenayah akan dilihat dalam penglibatan mereka ini," kata Azam.
Astro Awani
Fri Apr 09 2021
Empat pekerja teknikal syarikat pembekal sistem ditahan dipercayai bertanggungjawab memasang peranti dan perisian bagi tujuan menggodam Sistem MyIMMs Jabatan Imigresen Malaysia. -Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Seorang lagi individu bergelar Datuk ditahan kes rasuah projek pembinaan RM250 juta di Sarawak
SPRM menahan reman seorang lagi individu bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kes rasuah sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan di Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup
SPRM menafikan pihaknya menutup siasatan kes berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini.
Rasuah ADUN Sabah: SPRM rakam percakapan 15 individu termasuk pemberi maklumat
SPRM telah merakam percakapan 15 individu, termasuk lapan ADUN Sabah dan seorang pemberi maklumat berhubung video dakwaan skandal rasuah.
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti
Bekas pengarah eksekutif agensi Pulau Pinang direman, rasuah pembelian pedati emas
SPRM Pulau Pinang mereman bekas pengarah eksekutif sebuah agensi kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan RM300,000 melibatkan pembelian pedati emas.
Kecekapan SPRM bawa kejayaan kepada tangkapan taikun Singapura - Azam Baki
Setelah hampir dua dekad melarikan diri, seorang taikun warga Singapura yang terlibat dalam kes penyelewengan AS$51 juta (RM227 juta) akhirnya berjaya ditangkap bersama isterinya di Johor, semalam.
Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.
Vivy Yusof dan suami akan didakwa atas pecah amanah Khamis ini
SPRM akan membuat pertuduhan ke atas pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar pada Khamis.
Biar SPRM selesaikan siasatan BAM, jangan buat spekulasi - Hannah
Hannah menekankan bahawa siasatan oleh SPRM adalah prosedur operasi standard apabila menerima aduan, dan bukan hanya terhad kepada persatuan sukan.