KUALA LUMPUR :Enam lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan dua di Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Selangor, Johor, Putrajaya serta Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kluster di Kuala Lumpur dikenali sebagai Kluster Baiduri dan Kluster Bah Perdana.

Sementara itu katanya, kluster di Selangor pula dikenali sebagai Kluster Bah Tropicana; Sabah (Kluster Kolong); Johor (Kluster Rinting) dan Putrajaya (Kluster Bah Kasturi).


Perincian lanjut mengenai kluster-kluster terbabit adalah seperti berikut:


1) Kluster Baiduri, Kuala Lumpur

Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor dan daerah Cheras, Kuala Lumpur.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14,312) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan prapembedahan pada 7 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat telah mengesan 17 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 12 Oktober, seramai 39 individu telah disaring dan hasilnya:

• 18 kes dikesan positif COVID-19
• 12 individu negatif
• Sembilan individu masih menunggu keputusan


2) Kluster Bah Perdana, Kuala Lumpur

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Cheras, Kuala Lumpur.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11,305) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari Sabah pada 28 September dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 12 Oktober, seramai 22 individu telah disaring dan hasilnya:

• Sembilan kes dikesan positif COVID-19
• 13 individu masih menunggu keputusan


3) Kluster Kolong, Sabah

Kluster baharu ini dikenal pasti di daerah Keningau, Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13,548) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan dalam komuniti pada 7 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 12 Oktober, seramai 92 individu telah disaring dan hasilnya: 

• Lapan kes dikesan positif COVID-19
• 81 individu negatif
• Tiga individu masih menunggu keputusan


4) Kluster Bah Tropicana, Selangor 

Kluster baharu ini dikenal pasti di daerah Petaling, Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11,804) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari Sabah pada 2 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif COVID-19. 

Sehingga 12 Oktober, seramai 147 individu telah disaring, dan hasilnya: 

• 14 kes dikesan positif COVID-19
• 105 individu negatif
• 28 individu masih menunggu keputusan.


5) Kluster Rinting, Johor 

Kluster baharu ini melibatkan melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka dan Johor Bahru di Johor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14,350) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan masuk kerja pada 7 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif COVID-19. 

Sehingga 12 Oktober seramai 162 individu telah disaring, dan hasilnya:

• Lapan  kes dikesan positif COVID-19
• 97 individu negatif
• 57 individu masih menunggu keputusan


6) Kluster Bah Kasturi, Putrajaya 

Kluster baharu ini melibatkan beberapa buah daerah dan negeri iaitu;

• Daerah Seremban, Negeri Sembilan;
• Daerah Cheras dan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
• Daerah Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Langat, Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12,553) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari Sabah pada 24 September dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan.

Saringan kontak rapat telah mengesan 17 lagi kes positif COVID19.

Sehingga 12 Oktober 2020 seramai 305 individu telah disaring, dan hasilnya:

• 18 kes dikesan positif COVID-19
• 277 individu negatif
• 10 individu masih menunggu keputusan