awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam lelaki merusuh guna topi keledar didakwa

Sinar Harian
Sinar Harian
17/02/2025
07:30 MYT
Enam lelaki merusuh guna topi keledar didakwa
Enam lelaki dituduh di mahkamah di atas pertuduhan merusuh sesama sendiri sehingga mendatangkan kecederaan pada 12 Januari lalu. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1 di sini pada Isnin atas tuduhan merusuh sesama sendiri sehingga mendatangkan kecederaan.
Mengikut pertuduhan, K Arul Kevin Raj,19, Rahul, 23, M Raagendra, 24, D Cheah, 24, M Yuven, 29, dan S Saravanan, 27, didakwa secara bersama-sama telah terlibat dalam rusuhan sehingga mendatangkan kecederaan dengan menggunakan topi keledar di tempat awam.
Di dalam rusuhan berkenaan, tiga daripada mereka iaitu Raagendra, Saravanan dan Yuven telah cedera.
Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan parkir kereta di sebuah kafe di Batu Feringghi pada jam 1.32 pagi 12 Februari lalu.
Oleh demikian, mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Kesemua mereka mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di dalam bahasa Tamil.
Hanya Arul Kevin Raj mengaku bersalah manakala lima tertuduh lagi mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atikah Asharaf Ali menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin terhadap semua tertuduh.
Saravanan, Rahul dan Yuven diwakili peguam V Joseph manakala Cheah, Arul Kevin Raj dan Raagendra pula diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Dalam rayuan, mereka memohon wang jaminan dikurangkan berikutan kesemua anak guamnya mempunyai komitmen keluarga selain hanya berpendapatan RM1,500. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lelaki merusuh guna topi keledar
#kafe di Batu Feringghi
#tempat awam
#mendatangkan kecederaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan