awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam lelaki terlibat judi dalam talian ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
22/09/2021
23:01 MYT
Enam lelaki terlibat judi dalam talian ditahan
Muhammad Idzam sedang melihat telefon bimbit yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian dalam talian. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seramai enam lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kegiatan perjudian dalam talian menggunakan telefon bimbit di Taman Miharja di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kesemua suspek berusia 51 hingga 76 tahun itu ditahan dalam serbuan pada jam 3.50 petang.
"Kami merampas 12 unit telefon bimbit, satu tablet, satu komputer berserta unit pemprosesan komputer dan wang tunai RM925," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Muhammad Idzam berkata, hasil semakan mendapati premis perjudian tersebut beroperasi pada setiap hari selama 24 jam sejak minggu lalu.
"Individu yang datang untuk bermain judi di premis ini merupakan pelanggan tetap sahaja," katanya.
Menurutnya, kesemua suspek ditahan di lokap Balai Polis Bukit Jalil di sini bagi membantu siasatan.
"Kesemua suspek akan direman pada Khamis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) akta sama," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Bukit Jalil
#judi dalam talian
#warga emas
#Muhammad Idzam Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan