KUALA LUMPUR : Lima lokasi di Sabah dan satu di Sarawak dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). 

Ia melibatkan PPR Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman, Tawau, PPR Bt. 8 Jalan Apas, Tawau, Kompleks Abedon (Bumiwealth, Kolopis dan Tanaki), Kinabatangan, FELDA Umas, Kalabakan, dan SMK Ulu Balingian, Sibu, Sarawak. 

PKPD berkenaan akan berkuat kuasa 28 April sehingga 11 Mei 2021. 

Berikut perincian 6 lokasi PKPD berkenaan: 


PKPD PPR Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman, Tawau, Sabah

• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di PPR Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman, Tawau, Sabah.

• Sehingga kini, KKM telah melakukan 48 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 15 orang daripadanya disahkan positif COVID-19.

• KKM juga mengesahkan penularan kes masih berlaku di lokaliti tersebut dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di PPR Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman, Tawau, Sabah berkuat kuasa 28 April sehingga 11 Mei 2021.

• Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes serta membendung penularan dalam kalangan penduduk di kawasan terlibat.


PKPD PPR Bt. 8 Jalan Apas, Tawau, Sabah

• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini juga telah melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di PPR Bt. 8 Jalan Apas, Tawau, Sabah.

• Sehingga kini, KKM telah melakukan 27 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 18 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

• KKM mengesahkan penularan jangkitan berlaku di lokaliti tersebut dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi. 

• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di PPR Bt. 8 Jalan Apas, Tawau, Sabah berkuat kuasa 28 April sehingga 11 Mei 2021.

• Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk yang terlibat dan seterusnya untuk mengekang penularan COVID19 ke komuniti luar.
 
PKPD di Kompleks Abedon (Bumiwealth, Kolopis dan Tanaki), Kinabatangan, Sabah

• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Kompleks Abedon (Bumiwealth, Kolopis dan Tanaki), Kinabatangan, Sabah.

• Sehingga kini, KKM telah melakukan 103 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 13 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

• KKM mengesahkan berlaku peningkatan secara mendadak dalam tempoh satu minggu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kompleks Abedon (Bumiwealth, Kolopis dan Tanaki), Kinabatangan, Sabah bermula 28 April sehingga 11 Mei 2021.

• Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal terhadap kontak rapat dan penduduk yang terlibat untuk mengelakkan penularan COVID-19 ke komuniti luar.

PKPD SMK Ulu Balingian, Sibu, Sarawak

• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini kes COVID-19 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Balingian, Sibu, Sarawak.

• Sehingga kini, KKM mengesahkan sebanyak 103 kes positif telah direkodkan hasil daripada 201 ujian saringan dijalankan ke atas penghuni dan pelajar sekolah tersebut.

• KKM juga memaklumkan berlaku peningkatan kes di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di SMK Ulu Balingian, Sibu, Sarawak berkuat kuasa 28 April sehingga 11 Mei 2021.

• Pelaksanaan PKPD adalah untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes disyaki COVID-19 selain menyekat penularan jangkitan dari kawasan berisiko ke kawasan lain luar
di lokaliti tersebut.

PKPD di FELDA Umas, Kalabakan, Sabah

• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini COVID-19 di FELDA Umas, Kalabakan, Sabah.

• Sehingga kini, sebanyak 21 kes positif COVID-19 telah direkodkan hasil daripada 52 ujian saringan dilakukan KKM di lokaliti tersebut.

• KKM juga memaklumkan masih berlaku penularan kes di lokaliti itu dan terdapat 19 ujian saringan masih menunggu keputusan.

• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di FELDA Umas, Kalabakan, Sabah berkuat kuasa 28 April sehingga 11 Mei 2021.

• Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk lokaliti yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan PKPD dan tidak menjangkiti komuniti di luar PKPD serta pengesanan awal untuk diasingkan secepat mungkin.


Dalam pada itu, berikut PKPD yang ditamatkan dan dilanjutkan: 

Penamatan PKPD Politeknik Mukah, Sarawak

• Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Politeknik Mukah, Sarawak yang dijadualkan tamat pada 6 Mei 2021.

• Sepanjang tempoh itu, sebanyak 264 kes positif COVID-19 telah direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hasil daripada 1,703 keseluruhan ujian saringan dilakukan.

• KKM juga memaklumkan semua kontak rapat kes positif telah dikenal pasti dan diasingkan di pusat kuarantin yang disediakan. Selain itu, semua penghuni Politeknik Mukah telah disaring sebanyak dua kali dengan kes terakhir dilaporkan pada 25 April 2021 iaitu dua kes.

• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Politeknik Mukah, Sarawak pada 28 April 2021, lebih awal daripada yang dijadualkan.

Penamatan PKPD di tiga perkampungan dan taman perumahan di Tawau, Sabah

• Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga perkampungan dan taman perumahan di Tawau, Sabah yang dijadualkan tamat esok, 28 April 2021.
• Ketiga-tiga perkampungan dan perumahan tersebut iaitu Kampung Ranggu Batu 10, Mukim Balung,  Fasa Dua Taman Semarak, Mukim Sri Tanjung, dan Kampung Tanjung Batu Keramat. 

• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 265 ujian saringan dan lapan (8) positif COVID-19 di Kampung Ranggu Batu 10, Mukim Balun, Fasa Dua Taman Semarak, 160 ujian saringan (9 positif) manakala di Kampung Tanjung Batu Keramat, 102 ujian saringan (24 positif).

• KKM mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah diasingkan dan dimasukkan ke PKRC.

• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di ketiga-tiga lokaliti tersebut pada 28 April 2021 seperti yang dijadualkan.
 
Pelanjutan PKPD di Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung, Tawau, Sabah

• Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung, Tawau, Sabah yang dijadualkan tamat esok, 28 April 2021.

• Sehingga ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 847 ujian saringan, 23 daripadanya disahkan positif COVID-19.

• Selain itu, KKM memaklumkan, masih terdapat banyak sampel ujian saringan sedang menunggu keputusan serta penularan masih berlaku di lokaliti ini.

• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung, Tawau, Sabah bermula 29 April sehingga 12 Mei 2021.