awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam PATI baring belakang lori dicekup bersama dua tekong tempatan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/09/2025
02:00 MYT
Enam PATI baring belakang lori dicekup bersama dua tekong tempatan
Pemeriksaan polis di bahagian belakang lori menemui enam lelaki warga asing dalam keadaan berbaring. - Foto PDRM
SUNGAI PETANI: Polis menahan dua lelaki warga tempatan kerana disyaki cuba menyeludup enam lelaki pendatang tanpa izin (PATI) dengan menyembunyikan mereka di belakang sebuah lori satu tan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata, sepasukan pegawai dan anggotanya dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) menerusi Ops Pintas menahan sebuah lori Daihatsu merah di tepi Jalan Pekan Bedong di sini, pada jam 4.30 petang semalam.
“Pemeriksaan di bahagian belakang lori menemui enam lelaki warga asing dalam keadaan berbaring.
“Tindakan suspek bertujuan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Pemeriksaan mendapati tiga lelaki warga Indonesia dan tiga warga Myanmar berusia 20 hingga 51 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
"Bagaimanapun kita masih menjalankan siasatan dari mana PATI itu datang dan hendak ke mana," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Berikutan itu, katanya, dua lelaki tempatan iaitu pemandu dan kelindan lori berkenaan berusia 30-an ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 26A Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM).
Topic Berkaitan
#warga asing
#pendatang tanpa izin
#seludup
#Hanyan Ramlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan