awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
New York isytihar darurat berikutan ribut kuat musim sejuk
Rusia serang pelabuhan Laut Hitam Ukraine, dua kapal dagang turut jadi sasaran
Bangladesh kenang Khaleda Zia sebagai pejuang bersemangat waja, pelindung negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam pelajar di Shah Alam dikejarkan ke hospital terhidu gas ammonia bocor

Astro Awani
Astro Awani
16/08/2018
07:16 MYT
Enam pelajar di Shah Alam dikejarkan ke hospital terhidu gas ammonia bocor
Bacaan di lokasi dalam kilang dan kawasan persekitaran mendapati berada di bawah 40 "part per million " (PPM) dan masih lagi terkawal. - Foto Astro AWANI
Sekurang-kurangnya enam pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Klang, di sini yang terletak bersebelahan dengan sebuah kilang ais yang mengalami kebocoran gas ammonia pagi tadi, dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit tekak dan sesak nafas.
Kejadian dipercayai berlaku berikutan kegagalan pemilik kilang membaiki sepenuhnya lima tangki yang menyalurkan gas ammonia ke mesin memproses ais.
Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Shah Alam Selangor, Yusri Basri berkata sejurus menerima panggilan daripada pengetua sekolah berkenaan pasukan unit bahan berbahaya HAZMAT telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Bacaan di lokasi dalam kilang dan kawasan persekitaran mendapati berada di bawah 40 "part per million " (PPM) dan masih lagi terkawal.
“Saya dimaklumkan tadi tiga murid dihantar ke Hospital Shah Alam, tiga lagi dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
“Sekarang ini masih berada dalam pemeriksaan doktor. Punca dan kejadian kita suspek mungkin kata cikgu tadi pelajar itu ada lelah, asma mungkin dalam berjalan jauh.’ katanya.
Bagaimanapun, ketika kejadian tiada sesiapa di dalam kilang berikutan masih tidak dibenarkan beroperasi.
Setakat ini keadaan terkawal dan anggota bomba masih giat menjalankan operasi di dalam kilang terbabit
Dalam kejadian ini pihak sekolah berkenaan ditutup demi keselamatan pelajar.
Isnin lalu, dua pekerja warga asing di kilang membuat ais maut selepas dilaporkan terhidu gas ammonia yang bocor, manakala 18 lagi dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.
Topic Berkaitan
#ammonia
#bocor
#bomba
#gas bocor
#Hospital
#keselamatan
#pelajar
#sekolah
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan