Enam sijil halal bagi premis-premis perniagaan di Sarawak telah ditarik balik oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) setakat Disember 2013.

Penarikan disebabkan kesalahan para pemilik dan premis melanggar pelbagai kesalahan sama ada dari segi produk mahupun tidak mengikut prosedur yang telah didaftarkan dalam sijil mereka.

Menurut Ketua Unit Pembangunan Halal JAIS, Asmawati Ahmad terdapat juga premis yang menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf kerajaan.

Asmah berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan operasi bersepadu halal bahagian Kuching di salah sebuah premis makanan laut terkemuka di Kuching malam Selasa.

Sebanyak 12 buah premis telah diperiksa dan terdapat pelbagai kesalahan dikesan termasuk penggunaan bahan masakan yang tidak diluluskan pihak berwajib.

Operasi disertai kira kira 30 orang pegawai JAIS dan lapan orang Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Sarawak.