PUTRAJAYA: Enam syarikat telekomunikasi dijangka memegang kepentingan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) bagi pelaksanaan infrastruktur 5G negara melalui model Rangkaian Borong Tunggal (SWN), menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Hari ini (30 Jun) merupakan tarikh akhir untuk telco memuktamadkan kontrak rangkaian 5G dan urusan ekuiti di syarikat tujuan khas tersebut.
Annuar berkata pengumuman rasmi mengenainya akan diadakan pada 8 Julai.
"Sabar, ia akan hanya mengambil masa tujuh hingga lapan hari lagi untuk membuat pengumuman rasmi.
"Apa yang boleh saya katakan ketika ini, semuanya (berlangsung) mengikut rancangan. Rundingan telah dibuat dan mereka telah mencapai kesefahaman yang pasti dan kesemuanya akan diputuskan pada 8 Julai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Annuar berkata hanya telco yang mengendalikan rangkaian akan menyertai DNB.
"... akan ada enam telco, hanya yang mempunyai rangkaian. Tiga (yang lain) mempunyai spektrum, tetapi tidak mempunyai rangkaian," katanya tanpa memaklumkan nama telco berkenaan.
Merujuk pengagihan ekuiti itu, beliau berkata setiap telco akan memegang jumlah saham yang sama dalam DNB.
"Kami menawarkan semua (telco) (sebanyak) 70 peratus (ekuiti) dan ia akan dikongsi sama rata, dibahagikan mengikut jumlah peserta," katanya sambil menambah, segala kebimbangan berhubung ketelusan dan penetapan harga bagi tawaran akses rujukan telah ditangani.
Pada 15 Jun, Annuar dilaporkan berkata akan mengeluarkan lesen baharu kepada pemain-pemain baharu sekiranya bilangan syarikat yang menyertai pelaksanaan 5G adalah tidak mencukupi.
Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Cisco International Ltd.
TM dan Cisco, selaku peneraju teknologi di serata dunia mengumumkan perkongsian strategik baharu sebagai sebahagian daripada program Pemecut Digital Negara Cisco bagi memperkasa hasrat Malaysia untuk menjadi negara berteras teknologi dan peneraju digital serantau.
Kedua-dua pihak menandatangani perjanjian kerjasama untuk membuka laluan kepada projek utama yang tertumpu untuk membantu negara membangunkan platform inovasi 5G serta mempercepat pengunaan teknologi dan transformasi kepada perusahaan kecil dan sederhana.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022
Annuar berkata pengumuman rasmi mengenainya akan diadakan pada 8 Julai. - Gambar fail/BERNAMA
KPT mahu lahir ramai pakar dalam bidang kesihatan planet
Kerajaan bercadang untuk memberikan penekanan untuk menghasilkan graduan yang seterusnya menjadi pakar dalam bidang Planetary Health atau Kesihatan Planet di masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang ketika ditemu bual Astro AWANI seusai memberikan ucapan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) pada Khamis berkata, untuk menjayakan perkara itu dua kerangka perlu dilaksanakan.
Kadar miskin tegar di Johor rendah, mampu diatasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menoktahkan kadar kemiskinan tegar di Johor.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Google pecat 28 pekerja protes perjanjian pengkomputeran awan dengan Israel
Google memecat 28 pekerja yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap projek gergasi teknologi bernilai US$1.2 bilion untuk membekalkan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada kerajaan Israel, Sputnik memetik laporan media AS pada Khamis.
Jepun dilanda gempa bumi, sembilan cedera
Sembilan orang dilaporkan cedera selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda barat daya Jepun, pada Khamis.
Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Turki
Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turkiye pada 2.47 petang Khamis (waktu tempatan).
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya
Pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di Melaka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri itu ditutup sepenuhnya pada Khamis.
SKMM sita telefon bimbit milik tiga individu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyita telefon bimbit milik ketiga-ketiga individu untuk memuat naik video bagi membantu siasatan.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
Bas langgar 11 kenderaan, dua cedera
Hilang kawalan akibat kegagalan brek dipercayai punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Batu Pahat, Johor.
Bekas juruteknik didakwa kali kedua
Seorang bekas juruteknik sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah melalui Facebook miliknya, Mac lepas.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Seorang penunggang motosikal maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter dalam kemalangan di Jejantas Sungai Tiram, Bayan Lepas petang Khamis.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Kerajaan beri amaran kepada telco tidak kenakan caj tambahan untuk akses 5G - Fahmi
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap telco yang mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G.
KKD bincang dengan telco, pastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa bencana banjir
Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengadakan perbincangan dengan telco supaya bersedia untuk memastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa bencana banjir.
Hampir 2 bilion panggilan, 581 juta SMS mencurigakan berjaya disekat - Fahmi
Hampir dua bilion panggilan dan 581 juta SMS mencurigakan disekat daripada sampai kepada pengguna Malaysia.
KKD akan bincang dengan telco, wujudkan pelan data lebih murah untuk penghantar p-hailing
Fahmi Fadzil berkata hasil perbincangan mengenai pakej pelan data itu akan diumumkan dalam masa terdekat sekiranya ia berjalan lancar.
Telco tandatangani perjanjian mengenai pemilikan ekuiti DNB dalam masa terdekat - Fahmi
Semua syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini dijangka menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) mengenai pemilikan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) dalam masa terdekat.
Hari Kebangsaan 2023: Telco diarah tingkat kelajuan internet
Penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah diarahkan untuk meningkatkan kelajuan perkhidmatan Internet pada hari kemuncak dan lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada 31 Ogos ini.
Perubahan pola pemikiran berbelanja pengguna jadi ancaman terbesar telco - Laporan EY
Peningkatan kos sara hidup mendorong pengguna menyesuaikan semula keutamaan perbelanjaan mereka.
MCMC arah syarikat telco larang pautan URL dalam SMS, elak 'scam'
Arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa 'scam' atau penipuan dalam talian.
Semua enam telco tandatangan perjanjian perkhidmatan 5G DNB - Tengku Zafrul
Kesemua telco terbabit ialah Maxis, U Mobile, Celcom Axiata, Digi, YTL Communications, dan Telekom Malaysia.
Enam telco dijangka pegang kepentingan ekuiti dalam Digital Nasional - Annuar
Hari ini (30 Jun) merupakan tarikh akhir untuk telco memuktamadkan kontrak rangkaian 5G dan urusan ekuiti di syarikat tujuan khas tersebut.