Enam termasuk tiga beradik didakwa tetak tiga lelaki di depan restoran

Kesemua tertuduh dibawa polis ke Mahkamah Seremban untuk pertuduhan. -Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Enam lelaki termasuk tiga beradik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan menyebabkan cedera parah terhadap tiga lelaki di hadapan sebuah restoran di Lukut, Port Dickson, bulan lalu.
Ringkasan AI
- Enam lelaki, termasuk tiga beradik, didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas tuduhan menyebabkan cedera parah terhadap tiga lelaki di hadapan sebuah restoran di Lukut, Port Dickson.
- Tertuduh dituduh dengan sengaja menggunakan senjata parang menyerang tiga lelaki berusia 36, 31, dan 43 tahun, perbuatan yang berlaku pada 27 Disember 2025 di Port Dickson.
- Mahkamah menetapkan jaminan RM8,000 bagi setiap tertuduh dengan syarat mereka melapor diri di balai polis setiap bulan, tidak mengganggu mangsa, dan menyerahkan pasport sehingga selesai proses kes.
Kesalahan berkenaan dilakukan pada 27 Disember 2025 jam lebih kurang jam 8.05 malam di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Lukut, Taman Aman, Port Dickson.
Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang sama.
Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.
Timbalan Pendakwa Raya, M Pusppa mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan.
Peguam, Paul Krishnaraja dan S Kartikeyan memohon jaminan minimum bagi kesemua tertuduh kerana mereka dari keluarga miskin.
Beliau mencadangkan jaminan RM6,000 bagi setiap tertuduh untuk semua pertuduhan.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM8,000 setiap tertuduh bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Kesemua tertuduh turut diarahkan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, tidak mengganggu mangsa dan menyerahkan pasport sehingga kes selesai.
Sebutan semula kes pada 11 Mac depan. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah pertuduhan yang dihadapi oleh enam lelaki yang dibawa ke Mahkamah Seremban? A: Mereka didakwa atas pertuduhan menyebabkan cedera parah terhadap tiga lelaki di hadapan sebuah restoran di Lukut, Port Dickson.
- Q: Siapakah tertuduh-tuduh yang didakwa bersalah dalam kes tersebut? A: Antara tertuduh adalah K A Yogentheran, K A Kugentheran, K A Sinielkumar, S Sathia Moorthy, K Muniswaran, dan A Shelan.
- Q: Apakah kesalahan yang dituduhkan kepada mereka dan tarikh kejadian? A: Mereka dituduh dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap tiga lelaki menggunakan senjata parang pada 27 Disember 2025 di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Lukut, Taman Aman, Port Dickson.
- Q: Apakah hukuman yang boleh dikenakan kepada tertuduh jika sabit kesalahan? A: Mereka boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga denda atau sebat.
- Q: Apakah syarat jaminan yang dicadangkan oleh Timbalan Pendakwa Raya dan peguam tertuduh? A: Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan jaminan RM8,000 setiap tertuduh bagi kesemua pertuduhan, manakala peguam tertuduh memohon jaminan minimum bagi mereka kerana dari keluarga miskin.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

