ENERtec Asia 2024 bakal mengumpulkan pemimpin industri, penggubal dasar dan pihak berkepentingan dari seluruh rantau bagi membincangkan penyelesaian inovatif ke arah masa depan tenaga mampan.
Menurut Timbalan Pengarah Acara, Derrick Yeow, pameran tiga hari ini merupakan platform strategik dalam usaha memperkasakan komitmen kolektif terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta peralihan tenaga.
Menurutnya, ENERtec Asia 2024 merangkumi 3 segmen utama iaitu TENAGA (Renewable Energy & Cleantech), REVAC (Energy Efficiency & Decarbonisation) serta segmen baharu iaitu BATTERY and EV Tech (Energy Storage & EV Technology and Solutions).
“Persidangan TENAGA membincangkan mengenai trend, polisi dan berkaitan dengan kecekapan tenaga dan penyahkarbonan iaitu dengan mengumpulkan barisan pakar kejuruteraan teknologi elektrik untuk bekerjasama meningkatkan industri selaras dengan agenda peralihan tenaga.
“Manakala ‘ASHRAE’ pula mempamerkan teknologi dan solusi HVAC yang menyumbang ke arah kecekapan bangunan hijau,” katanya selepas majlis perasmian ENERtec Asia 2024.
Jelasnya, seramai 300 pempamer hadir dengan penyelesaian tercanggih dalam tenaga boleh baharu, teknologi bersih, kecekapan tenaga dan mobiliti elektrik yang disaksikan oleh sekurang-kurangnya 10,000 pengunjung.
“Platform ini membuka ruang dalam menawarkan penyelesaian dan perbincangan berkaitan sumbangan ke arah kecekapan tenaga dan agenda peralihan tenaga,
“Seramai 500 delegasi terlibat dalam pameran pagi ini, jadi kami sangat yakin bahawa ENERtec akan menjadi sebuah acara yang ampuh dan semua rakan kerjasama, barisan penaja serta komuniti ENERtec pasti berpuas hati,” katanya lagi.
Kerjasama strategik ini bertujuan untuk memacu inovasi, menarik pelaburan dan meletakkan negara sebagai peneraju dalam informasi tenaga di rantau ini.
Ia selaras dengan matlamat Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Hazland Abang Hipni menjelaskan, kerajaan negeri Sarawak giat melaksanakan pengurangan 45 peratus pelepasan gas rumah hijau.
“Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak menyambut baik matlamat kerajaan bagi mencapai 31 peratus tenaga boleh baharu menjelang 2025 manakala 40 peratus lagi menjelang 2035.
“Bagi tujuan memenuhi sasaran ini, pelbagai dasar dan inisiatif telah dilaksanakan termasuk peluasan projek solar berskala besar, penggalakkan tenaga biojisim dan biogas serta pembangunan kapasiti hidroelektrik baharu,” katanya.
ENERtec Asia yang berlangsung dari 26 hingga 28 ini dianjurkan oleh Informa Markets Malaysia Sdn Bhd, juga dihoskan bersama Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia dengan kerjasama Majlis Industri Tenaga.
Amzar Alif
Thu Jun 27 2024
ENERtac Asia 2024 berlangsung dari 26 hingga 28 ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan sasaran kehadiran sehingga 10,000 pengunjung. -Gambar ENERtec Asia 2024
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
ENERtec Asia 2024 galas misi ke arah perubahan landskap yang lebih mampan dan selamat
ENERtec Asia 2024, sebuah pameran tiga hari yang mengumpulkan pemimpin industri, penggubal dasar dan pihak berkepentingan bagi membincangkan penyelesaian inovatif ke arah masa depan tenaga mampan.