awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enggan buat kerja rumah, ibu disyaki cederakan anak guna pisau

Sinar Harian
Sinar Harian
09/01/2024
11:00 MYT
Enggan buat kerja rumah, ibu disyaki cederakan anak guna pisau
Ibu mangsa kemudian direman dua hari bermula 6 Januari untuk disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
GOMBAK: Seorang wanita 'hilang sabar' sehingga dipercayai mencederakan anak lelakinya menggunakan pisau gara-gara kerana tidak mahu buat kerja rumah di Kampung Changkat Gombak di sini pada Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, mangsa berusia 12 tahun cedera di tangan dan kaki melarikan diri sebelum diselamatkan jiran yang kemudian menghubungi polis.
Difahamkan, sepasukan anggota unit peronda (MPV) polis telah tiba di lokasi untuk memeriksa keadaan kanak-kanak itu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis kemudian bertindak menahan ibu mangsa kira-kira jam 1 pagi Sabtu.
"Soal siasat awal, wanita itu mengaku memarahi anaknya kerana tidak bantu membuat kerja rumah.
"Dalam pertengkaran itu, pisau sayur yang dipegang terkena anak menyebabkan cedera di tangan dan kaki," katanya pada Selasa.
Beliau berkata, mangsa telah menerima rawatan dan menerima antara empat hingga lima jahitan.
Katanya, ibu mangsa kemudian direman dua hari bermula 6 Januari untuk disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dera anak
#kerja rumah
#kampung changkat gombak
#identiti ibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan