Ringkasan AI
- Barisan Nasional memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka pada Pilihan Raya Negeri ke-16, memperoleh majoriti dua pertiga.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada BN dan berharap amanah dipikul demi kesejahteraan negeri serta rakyat Melaka.
- Kerajaan Persekutuan komited memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka untuk memacu pembangunan dan menjamin kesejahteraan rakyat.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat Melaka.
Beliau berharap amanah itu digalas dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan negeri dan rakyat.
“Kini masanya untuk kita melangkah ke hadapan dengan mengutamakan kepentingan rakyat, dan Kerajaan Persekutuan akan terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka demi memacu pembangunan serta menjamin kesejahteraan seluruh rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Anwar turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab demokrasi.
Penghargaan sama dizahirkan kepada jentera dan semua calon Pakatan Harapan yang telah bekerja keras.
Pada Pilihan Raya Negeri Melaka ke-16 hari ini, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri sekali gus memperoleh majoriti dua pertiga.
-- BERNAMA