awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enggan jawab spekulasi, Malaysia belum mohon ekstradisi Sirul - Australia

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
01/08/2018
05:09 MYT
Enggan jawab spekulasi, Malaysia belum mohon ekstradisi Sirul - Australia
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Australia, Julie Bishop (kiri) di Pejabatnya di Parlimen pagi ini. - FotoBernama
Menteri Luar Australia, Julie Bishop mengesahkan sehingga ketika ini Kerajaan Malaysia tidak pernah membuat sebarang permohonan mengekstradisi Sirul Azhar Umar.
Beliau pada masa sama enggan membuat sebarang andaian mahupun menjawab spekulasi berkenaan tindakan yang akan dilakukan negaranya berkenaan usaha mengekstradisi Sirul Azhar pada masa akan datang.
“Dia (Sirul Azhar) ketika ini sedang ditahan di pusat tahanan imigresen. Seperti yang dikatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, Malaysia tidak membuat sebarang permohonan ekstradisi.
“Jadi tidak sepatutnya saya membuat spekulasi berkenaan soalan anda sehingga Malaysia membuat permohonan ekstradisi di bawah perjanjian yang ada antara kedua-dua negara,” kata beliau pada sidang media bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen hari ini.
Antara perkara lain yang dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk usaha Malaysia menghapuskan hukuman mati seperti yang telah lama dilaksanakan di Australia.
Sirul, bekas anggota polis disabitkan tuduhan membunuh Altantuya Shariibuu pada 2009, dijatuhi hukuman gantung sampai mati bersama-sama rakan sejenayah beliau, Azilah Hadri.
Mereka dibebaskan apabila Mahkamah Rayuan membatalkan sabitan pada 2013 selepas menimbulkan persoalan tentang cara bagaimana perbicaraan dijalankan.
Bagaimanapun Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ke atas mereka pada 2015.
Sirul melarikan diri ke luar negara sebelum penghakiman itu dibuat dan ditahan di pusat tahanan imigresen Australia di Sydney sepanjang 3 tahun lepas.
Menurut undang-undang Australia, beliau tidak boleh dihantar pulang ke Malaysia kerana berhadapan dengan hukuman mati.
Topic Berkaitan
#Australia
#ekstradisi
#Julie Bishop
#Mahathir Mohamad
#Menteri Luar Australia
#Sirul Azhar Umar
#tahanan imigresen
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan