awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT umum RM3 juta bina enam Taman MADANI di Pulau Pinang
Amaran ribut petir di empat negeri, Kuala Lumpur hingga 9 malam ini
'Kenapa takut dengan DAP jika tidak takut dengan Gerakan, MCA?' - Johari Ghani
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Entopia lancar bangunan baharu dan tembok hijau

Bernama
Bernama
29/03/2017
02:44 MYT
Entopia lancar bangunan baharu dan tembok hijau
Bangunan Entopia dianugerahkan sijil Malaysia Book of Records pada 28 Mac menerusi bangunannya yang memiliki dinding hijau terbesar di Malaysia. --fotoBERNAMA
Entopia, dahulu dikenali sebagai Taman Rama-rama, di Teluk Bahang, dekat sini hari ini melancarkan bangunan baharu dan "tembok hijau" mengandungi sejumlah 88,868 kelongsong tumbuhan meliputi 22 spesies tumbuh-tumbuhan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Joseph Goh berkata tanaman melingkar yang berfungsi sebagai tembok hijau meliputi keluasan 22,217 kaki persegi bertujuan melindungi keseluruhan bangunan daripada cahaya matahari dan membantu menyejukkan bangunan sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga.
"Tumbuh-tumbuhan juga membantu mengurangkan kesan karbon pada planet dan menyediakan kualiti estetik kepada permukaan bangunan.
"Apa yang lebih menarik ialah sebahagian daripada "tembok hijau" itu berfungsi sebagai sistem penapisan biologi kepada kolam-kolam utama dalam Entopia," kata beliau dalam ucapannya pada majlis pelancaran oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.
Goh berkata "tembok hijau" Entopia itu juga adalah satu daripada yang terbesar di Asia Tenggara dan hari ini, ia bakal mencatatkan rekod bagi tembok hijau terbesar di Malaysia.
"Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih kepada Malaysia Book of Records atas masa dan usaha dalam memberi pengiktirafan kepada kami," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Entopia
#Joseph Goh
#Taman Rama-rama
#Teluk Bahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan