SHAH ALAM: EON Berhad (EON) menyasarkan sejumlah 500 tempahan pembelian kereta dibuat menerusi platform pembiayaan digital bersepadu EON Capital Sdn Bhd yang dilancarkan hari ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad, Akkbar Danial, sepanjang penganjuran festival itu juga, pelanggan yang membuat tempahan dan permohonan pembiayaan kereta baharu edaran EON melalui platform pembiayaan kereta digital berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai RM100,000 serta hadiah utama sebuah Proton S70.
Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran festival, Akkbar berkata pengenalan pembiayaan digital itu juga akan membolehkan pelanggan membeli kenderaan edaran EON di mana-mana sahaja mereka berada.
"Pelanggan yang maju boleh berada di rumah dan membeli kereta mereka...sudah tentu rakyat Malaysia lebih suka dengan kaedah digital kerana anda boleh berurusna lebih mudah kecuali untuk menandatangani LoU (Surat Aku janji) kerana di bawah Bank Negara anda masih perlukan tandatangan fizikal.
"Selain itu, pelanggan sebenarnya boleh memuat naik semua borang dan dokumen yang diperlukan secara dalam talian dan kami dipautkan dengan Biro Kredit Malaysia untuk kelulusan, dan kemudian bank akan menawarkan LoU kepada pelanggan," katanya.
Untuk rekod, EON merupakan pengedar kereta jenama global melalui anak-anak syarikatnya yang memasarkan rangkaian kereta Audi, Volkswagen dan Mitsubishi selain merupakan pengedar rasmi bagi jenama kereta nasional Proton.
Beliau berkata jenama lain yang terlibat dalam festival berkenaan ialah AVIS Car Rental, PUSPAKOM, Pos Malaysia, dan pusat servis kereta pantas Petromin Express selain penglibatan Universiti Automotif DRB-HICOM bagi membimbing pengunjung yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang automotif dan lain-lain.
Acara juga dimeriahkan dengan Bazar Raya sempena Ramadan dan Aidilfitri dengan penglibatan vendor berkaitan fesyen, hiasan dan makanan, selain pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik dengan penampilan selebriti dan zon khas kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024
Pengerusi EON Berhad, Tan Sri Syed Faisal Albar (kanan) bersama Akkbar melakukan gimik pelancaran EON dan Sahabat Autofest 2024 serta EON Capital di Ibu Pejabat EON Berhad, Glenmarie, hari ini. - Bernama
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
EON lancar logo baharu, kendali sembilan pusat pengedaran
Ia menandakan penyertaan Proton sebagai salah satu jenama di bawah naungan mereka.
Anak syarikat DRB-HICOM jual keseluruhan pegangan dalam DRB-HICOM Leasing
Anak syarikat tidak langsung DRB-HICOM Bhd, Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menjual keseluruhan pegangan dalam DRB-HICOM Leasing Sdn Bhd (DLSB) kepada DRB-HICOM EZ-Drive pada RM14.97 juta.