awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

E-Perkhidmatan percukaian diwajibkan secara berperingkat bermula 1 Sept

Bernama
Bernama
22/08/2023
07:25 MYT
E-Perkhidmatan percukaian diwajibkan secara berperingkat bermula 1 Sept
Menurut LHDN pembayar cukai digalakkan beralih kepada perkhidmatan E2E dalam semua transaksi termasuk menggunakan kaedah pembayaran secara dalam talian.
PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan percukaian melalui portal MyTax secara berperingkat bermula 1 Sept ini untuk memperkasakan dan melestarikan pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
LHDN dalam kenyataan memaklumkan pelaksanaan penggunaan e-Perkhidmatan secara mandatori adalah bagi menyokong hasrat kerajaan ke arah meningkatkan bilangan perkhidmatan secara dalam talian sepenuhnya dari proses mula hingga akhir End-to-End (E2E) secara berperingkat dan sepenuhnya yang dijangka pada 1 Jan 2024.
"Ia juga merupakan satu daripada usaha LHDN dalam menerapkan elemen Awareness (Kesedaran), Education (Pendidikan) and Services (Perkhidmatan) (A.E.S.) di semua kaunter perkhidmatan LHDN," menurut LHDN dalam kenyataan hari ini.
Menurut LHDN pembayar cukai digalakkan beralih kepada perkhidmatan E2E dalam semua transaksi termasuk menggunakan kaedah pembayaran secara dalam talian yang telah disediakan untuk membuat bayaran bagi memastikan segala transaksi yang direkodkan adalah selamat dan teratur.
Sebagai rujukan tambahan kepada pembayar cukai, senarai e-Perkhidmatan yang diwajibkan berserta penerangannya boleh didapati melalui pautan https://www.hasil.gov.my/e-perkhidmatan/.
Panduan penggunaan e-Perkhidmatan boleh diakses melalui portal MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my/ > Panduan Pengguna, menurut LHDN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#e-perkhidmatan percukaian
#MyTax
#pembayar cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan