awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

E-rebat RM500 bantu mangsa banjir beli peralatan elektrik

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
07/01/2022
06:44 MYT
E-rebat RM500 bantu mangsa banjir beli peralatan elektrik
Takiyuddin berkata, pemberian bantuan ini hanya untuk 15 peralatan elektrik domestik yang disenaraikan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bermula hari ini, mereka yang terkesan akibat bencana banjir ini boleh mendapatkan peralatan elektrik baharu menggunakan e-rebat bernilai RM500.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, bantuan khas ini dikhususkan kepada warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pengguna atau pemilik akaun elektrik domestik dengan syarikat utiliti elektrik, rumah kediaman yang ditenggelami banjir dan tersenarai sebagai mangsa bencana.
"Melalui bantuan ini, setiap kediaman yang layak boleh memohon dan mendapatkan e-rebat bernilai RM500 semasa membuat pembelian sama ada secara fizikal di kedai dan pasaraya yang berdaftar atau di platform e-dagang yang diiktiraf di bawah program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE).
"Pemberian bantuan ini hanya untuk 15 peralatan elektrik domestik yang disenaraikan, tidak terikat kepada syarat label cekap tenaga dan perlu mematuhi piawaian keselamatan elektrik.
"Walau bagaimanapun, pengguna digalakkan membeli peralatan elektrik berlabel cekap tenaga," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
15 barangan peralatan elektrik domestik yang disenaraikan termasuk peti sejuk, mesin basuh, kipas, lampu, periuk nasi, televisyen, seterika, dapur elektrik, ketuhar gelombang mikro dan penghawa dingin.
Keterangan lanjut berkenaan program e-rebat ini boleh didapati dengan melayari www.seda.gov.my/bantuan.
Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan Bantuan Pembelian Peralatan Elektrik Domestik sebanyak RM500 dalam bentuk e-rebat, bertujuan meringankan beban pengguna elektrik domestik yang terkesan banjir untuk membuat pembelian peralatan elektrik bagi menggantikan peralatan yang rosak.
Topic Berkaitan
#banjir
#Takiyuddin Hassan
#mangsa banjir
#bantuan
#peralatan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan