KUALA LUMPUR: Pemain golf negara, Ervin Chang berazam melakukan yang terbaik apabila turun beraksi pada Kejohanan Golf Terbuka Malaysia di Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan, dekat sini, bermula Khamis ini.
Pemenang dua pingat emas di Sukan Sea Hanoi 2021 itu berkata, secara mental beliau sudah bersedia memberi saingan sengit kepada pemain-pemain golf negara lain pada kejohanan yang juga merupakan kelayakan untuk kejohanan Terbuka British (The Open) 2024 yang berprestij.
Kejohanan The Open ke-152 dijadualkan dari 18 hingga 21 Julai di Kelab Golf Royal Troon di Scotland.
The Open ialah kejohanan golf tertua di dunia, bermula pada 1860 dan menawarkan hadiah wang tunai bernilai AS$16.5 juta pada edisi 2023.
"Saya bekerja keras semasa di luar musim, mencuba yang terbaik untuk melonjakkan tahap kemahiran saya, penumpuan mental saya dan cuba belajar sementara menyesuaikan diri dengan lebih baik dalam permainan.
"Saya berehat sehari semalam untuk menyambut Tahun Baharu Cina, saya sudah bersedia untuk bertanding sejak dua minggu lepas. Saya akan lakukan yang terbaik di sana," katanya pada Majlis Penandatanganan Penajaan CIMB Group Holdings Berhad untuk dirinya, di sini, pada Isnin.
Ervin merupakan penerima terbaharu tajaan CIMB selepas jaguh berbasikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Sebelum ini, bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David juga pernah menerima tajaan CIMB.
Pencapaian terbaik oleh pemain golf tempatan pada Terbuka Malaysia sejak penganjurannya pada 1962 ialah melalui mendiang P. Gunasegaran yang menduduki tempat kedua pada edisi 1994, selepas tewas kepada pemain Sweden Joachim Haeggman dalam aksi lapan lubang mendebarkan pada perlawanan penentuan. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2024
Secara mental, Ervin sudah bersedia memberi saingan sengit kepada pemain-pemain golf negara lain pada Kejohanan Golf Terbuka Malaysia. - Gambar fail Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
MGA umum Pasukan Elit Program Pembangunan Remaja 2024/2025
Senarai tahun ini menampilkan 25 pemain berbakat besar berumur 13 hingga 18 tahun yang telah menunjukkan kemahiran luar biasa.
Jing Xuen ketuai cabaran negara di Piala QSC 2024
Ng Jing Xuen mengetuai cabaran negara di Piala Queen Sirikit (QSC) 2024, bersama dua pemain lain di Christchurch, New Zealand Mac depan.
Tiger Woods gemparkan dunia golf
Tiger Woods menarik diri selepas dia melakukan teed off di lubang ketujuh dengan penonton menyaksikan dia diiringi dari padang dengan kereta golf.
Pahang tubuh Akademi Golf Pahang Barat
Akademi itu yang dikelolakan MSP akan 'bertapak' di Padang Golf Raub, yang sedang dibaik pulih sebelum dibuka kepada umum tidak lama lagi.
Gavin, Khavish hanya ketinggalan dua pukulan di belakang pendahulu bersama Veer, Jazz
Pemain India, Veer Ahlawat dan Jazz Janewattananod dari Thailand muncul pendahulu bersama selepas melakarkan catatan sembilan bawah par 62.
Ervin berazam lakukan yang terbaik pada golf Terbuka Malaysia
Secara mental, Ervin sudah bersedia memberi saingan sengit kepada pemain-pemain golf negara lain pada Kejohanan Golf Terbuka Malaysia.
Jelajah Toyota 2023 perkukuh kesungguhan bangunkan sukan golf Malaysia
Jelajah Toyota di landasan tepat sebagai medan ujian pemain golf profesional negara juga pentas mencungkil bakat-bakat baharu.
Kejohanan Golf Malaysia Truly Asia Tourism 2023 mampu promosi pelancongan sukan negara
Sebanyak lebih 200 pemain domestik dan luar negara akan berentap di dalam kejohanan julung kali diadakan itu.
Gavin harap lakar persembahan lebih mantap pada Piala Toyota Cross
Pemain ranking ke-199 dunia itu bagaimanapun berharap dapat mempamerkan prestasi yang lebih baik di Palm Garden.
Jocelyn idam beraksi di sukan Olimpik LA 2028
Jocelyn yang mula menyertai pertandingan golf pada usia 12 tahun telah beralih ke profesional pada Februari lepas.