awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Golf Malaysia Truly Asia Tourism 2023 mampu promosi pelancongan sukan negara

Fareez Azman
Fareez Azman
13/10/2023
03:00 MYT
Kejohanan Golf Malaysia Truly Asia Tourism 2023 mampu promosi pelancongan sukan negara
Malaysia akan menjadi tuan rumah Kejohanan Golf Malaysia Truly Asia Tourism 2023 pada 25 Oktober ini. - Foto ihsan KOPPEMA
KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi tuan rumah Kejohanan Golf Malaysia Truly Asia (MTA) Tourism 2023, dijadual berlangsung 25 Oktober ini, anjuran Koperasi Kakitangan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Berhad (KOPPEMA).
Menurut Pengerusi KOPPEMA Datuk Musa Yusof, lebih 200 pemain domestik dan luar negara akan berentap di dalam kejohanan yang julung kali diadakan itu.
"MTA ialah salah satu jenama yang kita lahirkan pada 1998. Kini satu dunia tahu apa itu MTA. Ia akan beri satu jenama kepada negara kita, juga menerusi pelancongan sukan dan kejohanan sukan golf," katanya.
Kejohanan golf tersebut, jelasnya, memberi ganjaran lebih RM500,000 kepada para peserta, tidak kira menang atau kalah.
Musa berkata, penganjuran kejohanan itu juga bersempena sambutan jubli emas Tourism Malaysia pada tahun ini.
Lebih menarik, ujarnya, setiap peserta akan melalui pengalaman yang unik, menggabungkan keseronokan sukan golf dengan daya tarikan budaya dan landskap Malaysia, sebagai destinasi pelancongan utama di Asia.
"Kita mendapat ramai rakan strategik yang akan mempromosikan padang-padang golf yang ada di Malaysia ini sebagai destinasi golf di pasaran ASEAN," katanya lagi.
Untuk rekod, lebih 200 padang golf beroperasi di negara ini sejak tahun 1990-an dan terdapat seramai 158,000 pemain golf tempatan yang berdaftar.
Topic Berkaitan
#pelancongan sukan
#Kejohanan Golf MTA 2023
#golf
#KOPPEMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan