awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ESSCOM tahan dua lelaki Indonesia, rampas senapang angin, syabu

Bernama
Bernama
02/07/2024
13:15 MYT
ESSCOM tahan dua lelaki Indonesia, rampas senapang angin, syabu
Victor berkata dalam serbuan antara 12 tengah hari hingga 3 petang itu Pasukan Khas ESSCOM turut merampas Syabu seberat 87.53 gram bernilai RM24,500, selain 10 pisau taji ayam sabung, parang serta kapak. - Gambar fail/Bernama
LAHAD DATU: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) menahan dua lelaki Indonesia dan merampas tiga senapang angin buatan sendiri serta 50 butir peluru guli dalam serbuan di sebuah ladang di Jalan Jeroco di sini semalam.
Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos berkata dalam serbuan antara 12 tengah hari hingga 3 petang itu Pasukan Khas ESSCOM turut merampas Syabu seberat 87.53 gram bernilai RM24,500, selain 10 pisau taji ayam sabung, parang serta kapak.
"Tindakan pantas Pasukan Khas ESSCOM menyerbu kawasan penagihan dan pengedaran dadah di ladang berkenaan mencerminkan komitmen dan jaminan ESSCOM dalam mengurangkan jenayah rentas sempadan.
"Kedua-dua tahanan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Victor dalam pada itu menggalakkan kerjasama orang awam dalam melaporkan sebarang maklumat maklumat berkaitan jenayah ke Pusat Operasi ESSCOM dengan menghubungi talian 089-863181 atau aplikasi WhatsApp di nombor 011-63311072.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ESSCom
#tahan dua lelaki Indonesia
#rampas senapang
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan