KINABATANGAN: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengusulkan kepada kerajaan untuk menamakan semula Zon Selamat Timur Sabah (ESS ZONE) kepada kawasan kesejahteraan bagi meningkatkan keyakinan bahawa kawasan pantai timur Sabah itu selamat untuk semua.
Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos berkata pihaknya turut mengusulkan penukaran warna peta ESS ZONE yang kini menggunakan warna merah kepada putih.
"ESSCOM komited untuk mengangkat semula imej pantai timur Sabah sebagai kawasan selamat dan sejahtera ke peringkat antarabangsa.
"ESSCOM berusaha memanggil duta asing datang melawat ke kawasan pantai timur Sabah dan merasai sendiri keindahan dan kesejahteraan di ESS Zone," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengenai sesi libat urus ESSCOM bersama komuniti ESS ZONE daerah Kinabatangan, beliau berkata program itu diadakan bagi meneliti penerimaan masyarakat dan kumpulan sasar dalam sektor perdagangan, perniagaan, perikanan, pelancongan serta pendidikan terhadap langkah penjenamaan semula perintah berkurung kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ESS Zone Sabah.
"Kajian itu turut meneliti mekanisme alternatif bagi menggantikan arahan tersebut sekiranya diputuskan untuk dimansuhkan pelaksanaannya kelak dan penduduk yang hadir diharap supaya menjawab soal selidik mengenai kajian PKP ESS ZONE Sabah agar mendapat hasil yang komprehensif untuk manfaat Sabah dan Malaysia, amnya," katanya lagi.
Sementara itu, Pegawai Daerah Kinabatangan Willey Lampaki mengingatkan warga Kinabatangan bahawa menjaga keselamatan negara ialah tanggungjawab semua rakyat Malaysia.
"Kajian PKP ESS Zone Sabah dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri, diselaraskan oleh ESSCOM dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut diadakan di lima lagi daerah terlibat PKP ESS Zone Sabah iaitu Semporna, Sandakan, Beluran, Kunak dan Lahad Datu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Victor Sanjos berkata pihaknya turut mengusulkan penukaran warna peta ESS ZONE yang kini menggunakan warna merah kepada putih. - Gambar fail/Bernama
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkat kompetensi, latihan AI dalam kalangan guru dan murid
Kementerian Pendidikan beri tumpuan terhadap kompetensi dan latihan kepada guru-guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Pemimpin lebih muda mampu ubah masa depan negara - Tun M
Menurut Mahathir, pemimpin sekarang tidak berpengalaman dalam mentadbir negara, tidak manfatkaan sumber negara sebaiknya, dan tidak mampu menyelesaikan masalah dengan baik.
HUAWEI tawar teknologi pengurusan bencana
Huawei menawarkan kepakaran kepakaran mereka dalam Sistem Pengurusan Bencana , Amaran Awal Bencana dan Sistem Pemantaun Banjir.
Polis buru lelaki kes samun bersenjata tular di FB
Polis sedang giat memburu seorang lelaki terlbabit dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong di Ipoh, pada Rabu.
ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.
Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.
Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.
ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.
Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.
ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.
Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.