awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Etnik Rohingya mahu Malaysia terus membela hak asasi golongan ditindas itu

Tan Su Lin
Tan Su Lin
04/12/2016
07:58 MYT
Etnik Rohingya mahu Malaysia terus membela hak asasi golongan ditindas itu
Seramai 20,000 orang hadir pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa hari ini yang dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Foto Bernama
Dengan kekejaman yang masih berterusan, beberapa warga Rohingya yang ditemui merayu agar kerajaan Malaysia terus memperjuangkan isu Rohingya.
Mereka berpandangan, sebagai negara yang turut terkesan dengan krisis di Myanmar itu, Malaysia juga harus memainkan peranan dengan menjadi 'orang tengah' dalam menyelesaikan konflik yang dihadapi golongan itu.
Bagi Timbalan Presiden Persatuan Rohingya di Malaysia, Abdul Ghani Abdul Rahman, beliau tidak bersetuju dengan desakan kerajaan Myanmar agar Malaysia tidak campur tangan, kerana hakikatnya Malaysia turut terpalit dengan konflik di negara berkenaan.
"Apabila kami datang ke sini ia pasti menimbulkan masalah keselamatan kerana Malaysia adalah sebuah negara berdaulat. Sekiranya kami datang secara haram, ia pasti akan menjadi masalah kepada Malaysia. Oleh itu, Malaysia mempunyai hak untuk bersuara tentang isu ini."
"Satu lagi perkara kerajaan Myanmar mendesak agar Malaysia menghormati prinsip tidak campur tangan negara anggota ASEAN, Malaysia mempunyai hak untuk campur tangan kerana atas dasar kemanusiaan. Rohingya adalah manusia juga, anda tidak boleh menepikan kami kerana kami bukan sampah," katanya ketika ditemui Astro AWANI di Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di sini, hari ini.
BACA: PM Najib dan Malaysia tidak akan berdiam diri soal penindasan ke atas Rohingya
Akibat ditindas, puluhan ribu Rohingya hilang tempat tinggal dan terpaksa menjadi pelarian.
Presiden Persatuan Rohingya Di Malaysia Faisal Islam Muhammad Kassim, percaya dengan kira-kira 56,000 warga Rohingya di Malaysia, ia sekaligus bukan lagi masalah dalaman Myanmar, sebaliknya masalah antarabangsa.
"Sekiranya malaysia menghantar mesej ini kepada dunia, ia adalah sesuatu yang baik bagi kami kerana kami di sini hanyalah sebagai pelarian. Jadi tindakan kerajaan Malaysia menyuarakan perkara ini amat dihargai kerana kami telah menderita untuk lebih 40 tahun. Jadi ramai Rohingya yang telah meninggalkan negara dan tiba di negara lain seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand," katanya.
Pemimpin-pemimpin negara lain juga digesa mencontohi ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memperjuangkan hak asasi kemanusiaan itu.
Topic Berkaitan
#Abdul Ghani Abdul Rahman
#Faisal Islam Muhammad Kassim
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan