awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU iktiraf sijil MySejahtera: Pengiktirafan tinggi sistem pengurusan vaksin negara - Khairy

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/04/2022
07:02 MYT
EU iktiraf sijil MySejahtera: Pengiktirafan tinggi sistem pengurusan vaksin negara - Khairy
Khairy (duduk, tengah) bercakap pada sidang media sempena lawatan kerja beliau di Hospital Raja Permaisuri Bainun hari ini. - Foto BERNAMA
IPOH: Pengiktirafan Kesatuan Eropah (EU) terhadap sijil vaksinasi COVID-19 di MySejahtera merupakan satu pengiktirafan tinggi terhadap sistem pengurusan vaksin (VMS) di negara ini. 
 
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pengiktirafan itu diberi kerana mereka berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan dan kesahihan sistem berkenaan. 
 Menurutnya, ia juga menunjukkan sistem pengurusan vaksin negara adalah memenuhi piawaian yang diperlukan Kesatuan Eropah. 


"Ini banyak membantulah pengembara daripada Malaysia nanti, pergi ke EU tidak ada masalah, boleh tunjuk MySejahtera, boleh diintegrasi dengan sistem mereka.
"Sistem yang kita bangunkan memang compatible dengan EU dengan WHO dan kita melalui MOSTI, bukan KKM sebab di bawah MOSTI, sedang berunding dengan semua negara-negara yang yang besar, destinasi pelancongan untuk kita, destinasi pelaburan supaya diiktiraf MySejahtera," katanya. 
 
Beliau ditemui ketika melakukan lawatan kerja ke Perak di Ipoh pada Selasa. 
 
Pada Isnin, Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas mengesahkan menerusi akaun media sosialnya bahawa kesatuan itu telah membuat keputusan untuk mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 di MySejahtera. 
 
Katanya, ia adalah satu pemangkin buat sektor perniagaan dan pelancongan di negara ini. 
 Khairy yang turut berkongsi berita gembira itu di akaun Twitter miliknya pula berkata, ia adalah penyambungan semula hubungan antara Malaysia dan EU. 
 
Ini bermakna rakyat Malaysia bebas mengunjungi mana-mana negara di Eropah tanpa sebarang sekatan khusus. 

Topic Berkaitan
#MySejahtera
#Khairy Jamaluddin
#Kesatuan Eropah
#KKM
#COVID-19
#rakyat Malaysia
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan