Skip to main content

Sukan

Legenda Manchester City bersedia untuk berpindah, Rodri menuju Barcelona

[TB]_Rodri Barcelona_STADIUM ASTRO
Pemergian Rodri dijangka meninggalkan lompong besar dalam barisan tengah City. - Stadium Astro/Agensi
Advertisement

SATU era di Etihad bakal berakhir, Manchester City dilaporkan telah bersetuju menjual Rodri kepada Barcelona dalam satu perjanjian bernilai 65.4 juta pound (RM358,896,496). Kejutan besar buat penyokong The Cityzen yang menyaksikan tunjang pertahanan pasukan mereka bersedia untuk berpindah ke LaLiga.

Pemain berusia 30 tahun itu yang juga bermain bersama pasukan juara Piala Dunia Sepanyol selain bekas pemenang Ballon D’Or, dijadual menjalani pemeriksaan perubatan bersama Barcelona pada hari Selasa, sebelum memeterai kontrak empat tahun.

Ini bukan keputusan mudah untuk City. Walaupun kelab cuba memujuk Rodri melanjutkan kontrak yang tinggal setahun sahaja, tawaran ketiga daripada Barcelona akhirnya terlalu menarik untuk ditolak.

Dan pemergian ini meninggalkan lompong besar dalam barisan tengah City!

Ini turut menjadi sebahagian daripada rombakan besar-besaran barisan tengah City musim ini. Kelab itu sudah pun memecahkan rekod pemindahan British dengan menandatangani Elliot Anderson bernilai 116 juta pound (RM636,745,692) dari Nottingham Forest. Sementara itu, Tijjani Reijnders dijangka meninggalkan Etihad menuju Al-Qadsiah dalam Liga Saudi dengan yuran kira-kira 51 juta pound (RM279,948,537).

City turut menyimpan minat mendalam terhadap Enzo Fernandez dari Chelsea, walaupun laporan menyebut pemain antarabangsa Argentina itu dijangka kekal di Stamford Bridge sepanjang musim 2026/27 selepas City terlepas tarikh akhir tawaran yang ditetapkan Chelsea.  -- Stadium Astro

 

Must Watch Video

Advertisement