awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri MICE raih anggaran impak ekonomi RM1 bilion pada 2025
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

E-wallet, ketidakpatuhan kakitangan awam kepada kerajaan antara tumpuan Parlimen hari ini

Bernama
Bernama
05/12/2019
01:52 MYT
E-wallet, ketidakpatuhan kakitangan awam kepada kerajaan antara tumpuan Parlimen hari ini
Turut dijangka menghangatkan persidangan adalah isu tapak pengurusan sisa plastik di setiap negeri yang dibangkitkan oleh Chow Kon Yeow. - Gambar hiasan
Pelaksanaan pemberian RM30 kepada rakyat Malaysia yang layak melalui perkhidmatan e-dompet bermula 1 Jan tahun hadapan adalah antara tumpuan utama pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat untuk penggal kali ini.
Dalam aturan mesyuarat dikeluarkan laman web Parlimen, ia dibangkitkan dalam soalan kedua sewaktu sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri oleh Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang mahukan Menteri Kewangan menyatakan syarikat serta perkhidmatan e-dompet manakah yang terpilih untuk melaksanakan pemberian ini.
Selain itu, pada sesi yang sama Datuk Seri Ronald Kiandee (PH- Beluran) meminta kerajaan menjelaskan sejauh mana berlaku ketidakpatuhan kakitangan awam terhadap kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan.
Turut dijangka menghangatkan persidangan adalah isu tapak pengurusan sisa plastik di setiap negeri yang dibangkitkan oleh Chow Kon Yeow (PH-Tanjong) yang meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan sama ada kerajaan pernah berbincang dengan kerajaan negeri sebelum menyediakan garis panduan dan syor-syor penguatkuasaan yang berkaitan.
Mesyuarat ketiga bagi penggal kedua Parlimen telah berlangsung sejak 7 Okt dan akan ditangguh sementara sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan untuk penggal akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#dasar kerajaan
#Dewan Rakyat
#e-dompet
#kakitangan awam
#Khairy Jamaluddin
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#pemberian RM30
#pengurusan sisa plastik
#Ronald Kiandee
#sisa plastik
#syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan