awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM80,000 buat sambungan haram elektrik bagi lombong bitcoin
Misi Kemanusiaan GSF 2.0 dijangka dilancar pertengahan tahun ini - Sani Araby
Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ewon cadang lanjut moratorium bantu usahawan terjejas bencana

Bernama
Bernama
04/01/2026
23:20 MYT
Ewon cadang lanjut moratorium bantu usahawan terjejas bencana
Ewon berkata, langkah itu sejajar dengan usaha kerajaan negeri memastikan PMKS kekal berdaya saing walaupun berdepan cabaran luar jangka. - Gambar fail Bernama
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Ewon Benedick mencadangkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) meneruskan pelaksanaan moratorium pembayaran pinjaman bagi membantu usahawan terjejas akibat bencana.
Ewon yang juga Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata, langkah itu sejajar dengan usaha kerajaan negeri memastikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kekal berdaya saing walaupun berdepan cabaran luar jangka.
"Sebelum ini, agensi pembiayaan di bawah KUSKOP telah melaksanakan polisi pemberian moratorium atau kelonggaran pembayaran pinjaman termasuk penangguhan bayaran sehingga maksimum enam bulan kepada usahawan terjejas.
"Dalam hal ini, saya akan mendapatkan pengesahan daripada KUSKOP sama ada polisi tersebut masih diteruskan atau sebaliknya," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Ewon juga akan mencadangkan kepada KUSKOP supaya Jawatankuasa Bersama yang ditubuhkan sebelum ini dapat diteruskan bagi memastikan penyelarasan pembangunan keusahawanan dilaksanakan secara lebih berkesan.
Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa itu penting bukan sahaja untuk penyelarasan program pembangunan usahawan, malah bagi menangani isu berkaitan musibah dan bencana yang memberi kesan langsung kepada kelangsungan perniagaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ewon Benedick
#Kuskop
#Moratorium
#usahawan
#PMKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan