awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ewon wakil Malaysia tanda tangan buku takziah Pope Francis di Kedutaan Vatican - Fahmi

Bernama
Bernama
23/04/2025
11:55 MYT
Ewon wakil Malaysia tanda tangan buku takziah Pope Francis di Kedutaan Vatican - Fahmi
Pope Francis, yang merupakan paus pertama dari Amerika Latin, meninggal dunia pada Isnin dalam usia 88 tahun. - Gambar fail/REUTERS
PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick akan mewakili Kerajaan Malaysia, bagi menandatangani buku ucapan takziah atas kematian Ketua Gereja Roman Katolik Pope Francis di Kedutaan Vatican, di sini.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata kerajaan juga akan menghantar seorang menteri bagi mewakili Malaysia, menghadiri majlis pengebumian Francis yang akan diadakan pada Sabtu ini di Basilika Santa Maria Maggiore di Rom.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.
"Jemaah Menteri hari ini merakamkan ucapan takziah atas pemergian Pope Francis yang telah meninggal dunia.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah menyatakan mendiang Paus Francis merupakan seorang yang lantang bersuara terutama tentang isu Gaza, oleh itu Perdana Menteri sendiri amat menyanjungi jasa dan bakti mendiang Pope Francis," katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini.
Pope Francis, yang merupakan paus pertama dari Amerika Latin, meninggal dunia pada Isnin dalam usia 88 tahun.
Beliau sebelum ini mengalami masalah kesihatan berpanjangan termasuk kesukaran bernafas menyerupai asma, yang dikaitkan dengan trombositopenia (kekurangan platelet darah).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ewon Benedick
#wakil malaysia
#tandatangan buku takziah
#Kedutaan Vatican
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan