Exco Pendidikan Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain menafikan dakwaan bahawa seorang guru penolong kanan di sebuah sekolah rendah di Kedah telah menyuruh anak murid bukan Islam untuk meminum air kencing sendiri.
Menurutnya pada Isnin, kenyataan oleh guru berkenaan bukan seperti yang telah dilaporkan dalam surat yang ditulis oleh waris murid bukan Islam yang telah diviralkan dalam media sosial.
Ini semua berpunca dari satu surat layang yang ditulis seorang waris murid bukan Islam kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda menyatakan guru dari Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani mengarahkan pelajar bukan Islam supaya minum air paip atau air kencing sendiri di tandas sekolah pada bulan Ramadan ini pada perhimpunan sekolah pagi semalam.
BACA:
Guru arah murid bukan Islam minum air kencing sendiri, Timb Menteri arah siasat
"Kita percaya kenyataan tersebut telah disalah erti oleh murid-murid. Guru tersebut ingin meminta supaya pelajar bukan Islam menghormati pelajar Islam supaya tidak minum di hadapan mereka sebaliknya pergi ke tandas untuk minum," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Tajul Urus berkata ibu bapa sepatutnya pergi ke sekolah untuk mendapatkan penjelasan daripada guru tersebut terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang melulu tanpa usul periksa yang boleh menyentuh isu sensitif yang bersifat perkauman.
Katanya, mereka sepatutnya mendapatkan penjelasan dahulu sebelum mengambil tindakan terburu-buru yang akhirnya telah menyebabkan guru berkenaan menerima ugutan dan terpaksa membuat laporan polis hari ini.
"Saya anggap isu ini telah selesai dan sekiranya ada pihak waris murid yang masih tidak berpuas hati mereka boleh datang berjumpa dengan saya untuk diberi penjelasan yang lebih jelas berkaitan perkara ini," katanya.
Dalam masa sama, Tajul Urus mengingatkan supaya semua pihak berhati-hati semasa bercakap atau bergurau kerana takut ia disalah erti sehingga ia boleh diviralkan ditambah dengan penggunaan media sosial yang semakin meluas.
Bernama
Mon Jun 22 2015
Menurut Tajul, kenyataan oleh guru berkenaan bukan seperti yang telah dilaporkan dalam surat yang ditulis oleh waris murid bukan Islam yang telah diviralkan dalam media sosial. - Foto Facebook
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Exco nafi dakwaan guru arah anak murid minum air kencing
Exco Pendidikan Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain menafikan dakwaan bahawa seorang guru penolong kanan di sebuah sekolah rendah di Kedah telah menyuruh anak murid bukan Islam untuk meminum air.