BANGI: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mendoakan kejayaan buat 403,637 pelajar yang mula menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 hari ini hingga 15 Mac.
"Selamat maju jaya kepada semua dan saya doakan kejayaan pelajar SPM. Fokus, dengar dan sabar," itu antara nasihat Fadhlina untuk calon SPM ketika melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi sempena hari pertama peperiksaan bertulis SPM 2022, di sini hari ini.
Beliau berkata lawatan itu adalah untuk memberi semangat kepada para pelajar SPM serta meninjau persiapan sekolah dan Lembaga Peperiksaan (LP).
Fadhlina berkata anak perempuannya juga menduduki SPM dan sebagai ibu, beliau memastikan ada komunikasi setiap hari dengan anaknya serta memberi semangat kepadanya.
"Beliau (anak) sedikit sebak sebab tidak dapat bersama secara fizikal tetapi semangat dan doa itu sentiasa diberikan," katanya.
Mengenai isu ujian mendengar Bahasa Inggeris (UMBI) peperiksaan SPM 2022 yang dijalankan pada 16 Feb lepas, Fadhlina berkata LP telah memberi penjelasan bahawa proses merakam telah dilaksanakan lebih awal dan tidak timbul isu penggunaan pempengaruh TikTok dalam hal tersebut.
LP sebelum ini telah menafikan dakwaan menggunakan pempengaruh TikTok sebagai pelontar suara bagi UMBI SPM 2022 dan memaklumkan pelontar suara yang digunakan dalam membina item atau instrumen UMBI SPM 2022 terdiri dalam kalangan guru, pensyarah, murid sekolah atau penuntut universiti serta mereka yang berwibawa dalam berbahasa Inggeris.
Isu UMBI SPM 2022 tular menerusi media sosial apabila sesetengah warganet mempersoal kredibiliti pelontar audio yang didakwa adalah pempengaruh TikTok manakala calon peperiksaan pula berdepan masalah ketika ujian kerana pertuturan individu terbabit tidak jelas dan laju.
"KPM (Kementerian Pendidikan) dan LP memastikan isu integriti berjalan dengan betul dan mengambil kira semua aspek kesahan, kesahihan dan kredibiliti untuk suara yang direkod itu," kata Fadhlina.
Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata KPM telah selesai menjalankan siasatan berhubung vandalisme yang berlaku di sebuah sekolah di Pulau Pinang pada 18 Feb lepas selepas pelajar dan ibu bapa terbabit dipanggil serta melakukan intervensi oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah.
Beliau berkata kaunseling telah diberikan kepada pelajar terbabit dan KPM akan melihat hasil kaunseling untuk mengetahui punca pelajar tersebut bertindak sedemikian.
"Ini anak-anak kita, jangan kita putus asa. Ramai yang marah melihat (kejadian) itu tetapi mereka (pelajar) mesti diberi peluang didikan, teguran dan kaunseling berterusan. Isu ini harus ditangani bersama dan melakukan tugas sebagai ibu bapa, guru dan kaunselor untuk memastikan (pelajar) tidak ulangi perbuatan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023
Seramai 127 calon SPM menduduki peperiksaan bertulis di Sekolah Menengah Kebangsaan Arau yang bermula hari ini hingga 15 Mac 2023. --fotoBERNAMA
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
KPM siasat dakwaan kertas Sejarah SPM bocor
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat berhubung dakwaan berlaku kebocoran soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi kertas subjek Sejarah.
Peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar di seluruh negara
Peperiksaan bertulis SPM 2023 yang bermula hari ini melibatkan 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara.
21 pusat peperiksaan SPM di Johor sedia diaktifkan sebagai PPS
Jumlah itu termasuk 18 buah sekolah yang menjalani SPM telah melaksanakan persiapan terperinci.
Guru petugas peperiksaan maut pacuan empat roda terbabas
Seorang guru lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas dalam perjalanan ke sekolah.
Anak duduki SPM esok, bapa redah banjir ambil kelengkapan
Biarpun berat namun begitulah lumrah kehidupan, setiap cabaran, mahu atau tidak mahu perlu ditempuhi demi kelangsungan kehidupan.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
7 pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat
JPN Kelantan memaklumkan tujuh pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat berlaku di negeri ini.
395,870 calon duduki SPM 2023
Seramai 129,635 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan.
16 pusat peperiksaan SPM di Terengganu berisiko terjejas banjir gelombang keempat
Shafruddin Ali Hussin berkata ia melibatkan 224 pelajar di daerah Hulu Terengganu, Setiu, Dungun dan Besut.
Keluarga pelajar maut dilanggar lari mahu keadilan
Difahamkan sebelum kejadian, berlaku keadaan tidak puas hati membabitkan pemandu kereta berkenaan.