awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadillah sertai acara larian antarabangsa di ibu kota bersama hampir 7,000 peserta

Bernama
Bernama
03/02/2024
16:31 MYT
Fadillah sertai acara larian antarabangsa di ibu kota bersama hampir 7,000 peserta
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (empat, kanan) turut serta berlari sejauh enam Kilometer pada Majlis Larian Anak Sarawak International Half Marathon 2024 di Lembaga Getah Malaysia. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof malam ini menyertai larian sejauh enam kilometer (km) pada Anak Sarawak International Half Marathon (ASIHM21) di sini, yang disertai hampir 7,000 peserta.
Selaku penaung Sarawak Volunteers yang menganjurkan acara larian itu, Fadillah turut melepaskan peserta bagi dua kategori lain iaitu 11 km dan 21 km.
Sebelum memulakan larian, beliau sempat menyampaikan ucapan ringkas untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada para peserta.
ASIHM21 yang bermula pada 8 malam ini membawa peserta menyelusuri keindahan hutan konkrit Kuala Lumpur dengan laluan melalui dua lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).
Acara itu berjaya menarik penyertaan peserta dari pelbagai negara antaranya Sepanyol, Jerman, Itali, Kanada, Argentina, Turkiye, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia sekali gus menjadi satu tarikan pelancongan sukan buat negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof
#Anak Sarawak International Half Marathon
#acara larian antarabangsa
#Sarawak Volunteers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan