Sebarang faedah tambahan yang mungkin dikenakan oleh sesetengah bank pada pembayaran yang ditangguh tidak boleh lebih tinggi berbanding kontrak sewa beli asal yang ditandatangani, kata Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.
Sebagai badan kawal selia, BNM menegaskan hakikat bahawa ia sejak dari awal lagi menyatakan bahawa akan ada faedah atau keuntungan terakru berkaitan dengan moratorium enam bulan.
"Apa yang paling penting adalah faedah tambahan yang sesetengah bank mungkin kenakan, kami jelas menyatakan bahawa ia tidak boleh lebih tinggi daripada kontrak sewa beli asal (yang ditandatangan oleh peminjam),"kata Pengarah Dasar Kewangan Pruden BNM Cindy Siah Hooi Hoon, hari ini.
Oleh itu, ia tidak boleh melebihi daripada itu, katanya sambil menambah BNM telahpun memaklumkan institusi perbankan mengenai perkara itu.
Pengarah Jabatan LINK dan Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) Datin Arlina Ariff berkata pengumuman semalam adalah untuk menyelaraskan proses dan memastikan penangguhan itu difahami dengan lebih jelas menurut Akta Sewa Beli 1967 (Akta Sewa Beli) dan Syariah.
"Sebagai badan kawal selia BNM perlu membuat pengumuman terlebih dahulu diikuti oleh bank-bank yang kemudiannya akan memastikan prosedur dan mengikut keperluan yang digariskan dalam Akta Sewa Beli serta keperluan Syariah," katanya.
Ditanya mengenai mereka yang tidak membuat pembayaran pada April dan Mei dan sama ada perlu membayar balik, Arlina berkata: Ia bergantung kepada apa yang peminjam mahu lakukan. Jika mereka mahu meneruskan dengan penangguhan mereka boleh berbuat demikian."
"Tidak sepatutnya ada sebarang penalti," jelasnya.
Sementara itu, Timbalan Gabenor, Jessica Chew berkata objektif BNM adalah bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat yang jelas mengenai moratorium itu dan perubahan yang berlaku susulan penangguhan tersebut.
"Ia adalah usaha bagi memastikan bank-bank lebih bersistematik tentang proses," katanya.
Mengakui bahawa komunikasi sepatutnya dilakukan lebih jelas lagi, beliau berkata di bawah Akta Sewa Beli mana-mana penangguhan akan memerlukan semua langkah yang dinyatakan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 02 2020
BNM menegaskan hakikat bahawa ia sejak dari awal lagi menyatakan bahawa akan ada faedah atau keuntungan terakru berkaitan dengan moratorium enam bulan.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
Faedah moratorium sewa beli tidak boleh lebih tinggi berbanding kontrak asal - BNM
Sebarang faedah tambahan yang mungkin dikenakan oleh sesetengah bank pada pembayaran yang ditangguh tidak boleh lebih tinggi berbanding kontrak sewa beli asal yang ditandatangani, kata BNM