awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahami konsep jihad sebelum berjuang di Syria - Jailani

Bernama
Bernama
27/09/2014
08:48 MYT
Fahami konsep jihad sebelum berjuang di Syria - Jailani
JAILANI: Fahami konsep jihad sebelum berjuang di Syria - Gambar fail
Rakyat Malaysia khasnya belia harus memahami konsep jihad sebenar mengikut Islam sebelum membuat keputusan untuk berjihad di Syria sebagaimana yang disiar di laman sosial.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata generasi muda perlu berfikiran jauh agar tidak terpengaruh dengan fakta yang tersebar di laman sosial yang cuba mengelirukan rakyat Malaysia.
"Ramai anak muda di Malaysia ini ingin berjihad di Syria, tidak semestinya kita ingin berjihad kita perlu pergi ke sana untuk berjuang sedangkan di Malaysia juga mereka boleh berjuang dalam pelbagai bidang, jadi mereka perlu faham konsep terlebih dahulu sebelum berjuang.
"Sekarang ini, semakin banyak laman web dan blog menyiarkan pelbagai fakta menggelirukan rakyat Malaysia dan kita harap anak muda tidak cepat terpengaruh menerusi penyebaran di laman sosial berkenaan," katanya selepas menyempurnakan penyampaian pingat sempena Mesyuarat Agong Tahunan PV-ATM di sini hari ini.
Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penangkapan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi tujuan menyertai kumpulan pengganas Negara Islam (IS) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
Jailani meminta orang ramai membuat laporan kepada pihak berwajib sekiranya masih ada laman web yang cuba menggelirukan rakyat negara ini.
"Jika masih ada laman web yang wujud dengan cuba memutarbelitkan fakta, kita minta orang ramai tampil membuat laporan kerana kita tidak mahu orang ramai terjerumus kepada perkara yang tidak benar di luar sana.
Topic Berkaitan
#berjuang
#blog
#jailani
#jihad
#Khalid
#KLIA
#komunikasi
#sosial
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan