awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahami maksud, perbezaan PKPB antara Sabah, Selangor, KL dan Putrajaya

Firdaus Azil
Firdaus Azil
12/10/2020
09:54 MYT
Fahami maksud, perbezaan PKPB antara Sabah, Selangor, KL dan Putrajaya
PKPB merupakan langkah kerajaan untuk memberi fokus kepada kawalan pergerakan berkaitan majlis sosial. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Berikutan pengumuman kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Putrajaya, dan Kuala Lumpur, ramai ingin mengetahui sejauh mana kelonggaran diberikan untuk penduduk berkenaan.
Ramai juga yang tertanya-tanya sama ada bolehkan mereka bekerja seperti biasa atau kembali ke era PKP di mana pergerakan sangat terhad dengan kebanyakan sektor ekonomi ditutup sepenuhnya.
Secara amnya, PKPB merupakan langkah kerajaan untuk memberi fokus kepada kawalan pergerakan berkaitan majlis sosial.
Sementara beberapa sektor ekonomi pula dibenarkan untuk beroperasi mengikut keperluan.
Bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan prosedur operasi standard (SOP) PKPB di Sabah, dan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.
Berikut perbezaan yang digariskan pihak berkuasa:
PKPB Sabah
  • Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
  • Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan
  • Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah DITUTUP.
  • Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam lain adalah DITUTUP.
  • Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah TIDAK DIBENARKAN.
  • Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.
  • Kegiatan sektor ekonomi, industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa namun perlu mematuhi SOP ketat yang telah dan akan dikeluarkan oleh MKN;
  • Pasar Borang, Pasar harian (6 pagi – 2 petang);
  • Kedai barang keperluan dan kedai runcit (6 pagi – 6 petang)
  • Restoran, kedai-kedai makan, warung-warung, kedai runcit dan serbaneka dibenarkan (6 pagi – 6 petang). Bagaimanapun, terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away;
  • Operasi stesen minyak dibenarkan beroperasi (6 pagi – 6 petang);
  • Perkhidmatan teksi/ e-hailing dan penghantaran makanan juga dibenarkan (6 pagi – 8 malam);
  • Bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.
  • Farmasi dan kedai ubat-ubatan dibenarkan beroperasi seperti biasa (6 pagi hingga 6 petang).
  • Operasi klinik dan hospital kerajaan dibenarkan beroperasi 24 jam;
  • Sektor perikanan, perladangan, pertanian adalah dibenarkan; dan
  • Bagi sektor perniagaan dan perkilangan termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang ingin beroperasi boleh memohon daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.
DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI COVID-19 DI SINI COVID-19: 563 kes baharu dilaporkan hari ini, 52 peratus di Sabah
BACA: PKPB akan dilaksanakan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya
PKPB Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya
  • Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan;
  • Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan;
  • Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup;
  • Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup;
  • Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan;
  • Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan;
  • Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
#Sabah
#Selangor
#Putrajaya
#CMCO
#COVID-19
#masjid
#rumah ibadah
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan