KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai Kempen Pengiriman Poskad Khas Palestin Merdeka sebagai tanda sokongan terhadap aspirasi dan impian warga Palestin.
Beliau berkata rakyat Malaysia boleh menzahirkan perkara itu melalui Poskad Khas Palestin Merdeka yang boleh didapati di semua pejabat Pos Malaysia atau menerusi laman sesawang rasmi Pos Malaysia Berhad, bermula hari ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkongsi mengenai kempen tersebut menerusi catatan di Facebook beliau hari ini.
Menerusi catatan itu, Fahmi memaklumkan bahawa poskad khas tersebut dijual pada harga RM6 untuk tiga keping dengan sekeping poskad pracetak, yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, turut disertakan.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri telah menandatangani dan mengirim poskad khas tersebut kepada Guterres, antara lain bagi menzahirkan hasrat rakyat Malaysia agar PBB menerima Palestin sebagai negara anggota badan dunia itu.
Kandungan poskad itu turut menuntut agar keganasan dan kezaliman terhadap warga Palestin oleh rejim Zionis dihentikan segera.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai Kempen Pengiriman Poskad Khas Palestin Merdeka sebagai tanda sokongan terhadap aspirasi dan impian warga Palestin. - Foto Facebook Fahmi Fadzil
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Fahmi ajak rakyat sertai Kempen Pengiriman Poskad Khas Palestin Merdeka kepada Guterres
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai Kempen Pengiriman Poskad Khas Palestin Merdeka sebagai tanda sokongan terhadap aspirasi dan impian warga Palestin.