KUALA LUMPUR: Kelab Kuala Lumpur City (KL City) berjanji menyelesaikan pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai sebelum 29 Mac ini seperti disyaratkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi memastikan pasukan itu bersedia menghadapi saingan Liga Super 2024/2025.
Penaung KL City, Fahmi Fadzil berkata, beliau telah meminta Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh untuk menyampaikan komitmen tersebut kepada MFL.
Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi berkata, isu pembayaran tunggakan gaji akan dilaksanakan dengan kadar segera selepas melalui proses tertentu.
Beliau yang dilantik penaung KL City pada Jun tahun lalu, berkata demikian kepada pemberita selepas merngadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard dan beberapa pemain kelab berkenaan di pekarangan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Sementara itu, Fahmi menzahirkan penghargaan kepada Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad, yang telah meletak jawatan semalam atas sumbangan tenaga sejak mengemudi kelab berkenaan pada 2019.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Khalid yang telah memimpin KLFA di waktu mencabar sukan bola sepak ketika mengharungi pandemik COVID-19," katanya.
Dalam pada itu Bernard percaya kehadiran Fahmi mampu menarik lebih ramai penaja bagi pasukan berkenaan terutamanya apabila mereka pernah mencipta beberapa sejarah seperti menjulang Piala Malaysia 2021.
"Jika ada suntikan dana dan kepercayaan, KL City boleh melonjak lebih jauh," katanya.
Beliau turut mengumumkan pembantu jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac dilantik sebagai ketua jurulatih skuad The City Boys dalam mengharungi musim baharu tahun ini selepas Nenad Bacina meletak jawatan secara mengejut semalam.,
"Pemilihan jurulatih kelahiran Croatia itu adalah bagi meneruskan kesinambungan corak latihan diterapkan jurulatih terdahulu bagi memastikan kualiti pemain terus meningkat ketika beraksi dalam padang," katanya.
Sebelum ini, MFL memberikan 'talian hayat' buat dua pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman (KDA FC) dan KL City FC untuk melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai mereka secara berperingkat dan perlu berusaha menyelesaikan perkara berkenaan sebelum 29 Mac ini. - BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Fahmi bercakap kepada pemberita pada sidang media perkembangan terkini pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, pada Sabtu. - Foto BERNAMA
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Kad Haji Nusuk mula diedar, berkuatkuasa selepas 6 Jun
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
DAP teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan sentiasa berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan prinsip keadilan sebagaimana tokoh politik parti dan bekas pengerusinya, mendiang Datuk Seri Karpal Singh.
Fahmi komited selesai isu tunggakan gaji KL City dalam kadar segera
Isu pembayaran tunggakan gaji akan dilaksanakan dengan kadar segera selepas melalui proses tertentu.
Kedah, KL City nampak bersungguh-sungguh selesai isu tunggakan gaji - MFL
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak menafikan keperluan Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City untuk terus berada dalam saingan Liga Super 2024-25.
Kedah optimis tiada lagi isu tunggakan gaji pemain - Sanusi
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) optimis pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC, tidak akan dibelenggu dengan isu tunggakan gaji pemain pada musim depan seperti yang dihadapi musim ini.