awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'

Sinar Harian
Sinar Harian
21/02/2025
10:27 MYT
'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Ibu Mohamad Fahmi sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir. Gambar kecil: Mohamad Fahmi
GEORGE TOWN: Ibu bapa murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Sungai Dua yang meninggal dunia selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata reda dengan pemergian anak sulung kesayangan mereka itu.

Ringkasan AI
  • Ibu Mohamad Fahmi sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir. Ibu bapa arwah reda dengan pemergian anak sulung mereka.
  • Mohamad Fahmi, murid Tahun 4, meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata. Dia rebah ketika mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth.
  • Jenazah Mohamad Fahmi disolatkan di Masjid Jamek Permatang Binjai dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Binjai, Penaga.

Perkara itu diberitahu oleh ibu saudara mangsa, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33 ketika dihubungi Sinar Harian.
Siti Farhani berkata, walaupun abangnya, Mohammad Fakhruddin Mohamad Fikri masih bersedih, namun dia sempat menitip pesanan buat arwah anaknya ketika mengiringi jenazah masuk ke dalam van di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang pada tengah hari Jumaat.
"Abang kata dia reda.
"Dia kata, sambut ibu baba di syurga nanti," katanya.
Bercerita lanjut, Siti Farhani berkata, ibu Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
"Fahmi pergi selepas ibunya mengucap di telinga dia.
"Alhamdulillah dia pergi dengan tenang," katanya lagi.
Mohamad Fahmi berusia 10 tahun yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HPP menghembuskan nafas terakhirnya pada jam kira-kira 11 malam Khamis.
Jenazah akan dikebumikan di kampung nenek arwah di Jalan Pekan Darat, Permatang Binjai, Penaga pada Jumaat.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Mohamad Fahmi berada dalam keadaan kritikal di HPP selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
Mangsa sebelum itu dilaporkan tidak sedarkan diri ketika mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa dikatakan meminta izin daripada gurunya untuk ke tandas selepas dia dikatakan tersedak.
Bagaimanapun, ketika berjalan ke tandas, mangsa rebah dan tidak sedarkan diri. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin
#ucap dua kalimah syahadah
#tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata
#Ibu bapa arwah reda
#Nuraini Mohamad Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan