awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi Reza akan didakwa pada Khamis

Astro Awani
Astro Awani
08/02/2022
06:58 MYT
Fahmi Reza akan didakwa pada Khamis
Pada 26 Jan, Bernama melaporkan bahawa Fahmi dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung kiriman media sosial yang didakwa menggambarkan imej Jata Pahang yang disunting dengan perkataan "House of Balak". - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pereka grafik, Fahmi Reza akan didakwa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis minggu ini, lapor Malaysiakini.
Laporan itu memetik peguam Fahmi, Rajsuurian Pillai mengesahkan prosiding itu akan dijalankan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.
"Fahmi akan didakwa) pada Khamis jam 9 pagi (sebelum) MSJ4/Siber (Mahkamah Jenayah Sesyen 4 untuk bidang kuasa siber," katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Bagaimanapun, Rajsurian enggan mendedahkan kesalahan yang didakwa akan dikenakan terhadap anak guamnya itu.
Pada 26 Jan, Bernama melaporkan bahawa Fahmi dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung kiriman media sosial yang didakwa menggambarkan imej Jata Pahang yang disunting dengan perkataan "House of Balak".
Dalam satu kenyataan media, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Abdul Jalil Hassan berkata aktivis itu dipanggil untuk merakam kenyataannya di Unit Siasatan Jenayah Terkelas, bahagian pendakwaan/undang-undang JSJ.
“Polis sedang menjalankan siasatan berhubung posting yang dimuat naik pada 3 Jan.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 bagi perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar,” katanya.
Dilaporkan bahawa pos Fahmi yang didakwa menunjukkan sebatang pokok dan dua kapak dengan perkataan - Rumah Balak.
Ia tular di media sosial berikutan banjir besar pada Disember tahun lepas, di mana Pahang dan Selangor merupakan dua negeri yang paling teruk dilanda banjir.
Topic Berkaitan
#Fahmi Reza didakwa
#Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
#media sosial
#Seksyen 4 1 Akta Hasutan 1948
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan