awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi sampaikan Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Agong kepada Tun Juhar

Bernama
Bernama
10/06/2024
12:38 MYT
Fahmi sampaikan Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Agong kepada Tun Juhar
Fahmi menyampaikan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu hari ini. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini bagi menyampaikan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.
Beliau yang merupakan Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat pertabalan di Istana Negara pada 20 Julai depan berkata beberapa wakil dari Istana Negara turut bersama beliau dalam kunjungan itu.
Dalam pertemuan kira-kira 45 minit itu, beliau berkata Juhar telah memberikan beberapa pandangan, di samping menitipkan pesanan dan nasihat dalam melaksanakan tadbir urus yang baik, selain menyentuh mengenai kepentingan kestabilan politik.
"Ini merupakan persembahan Warkah Persilaan yang ketiga dan Insya-Allah akan diteruskan pada hari Rabu, ke Sarawak," katanya kepada pemberita di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.
Sultan Ibrahim melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.
Merujuk kepada kunjungan hari ini Fahmi berkata beliau amat teruja kerana pertama kali bertemu Juhar, dan mendengar sendiri pelbagai pandangan daripada seorang tokoh cukup berpengalaman, yang turut bercerita mengenai liku-liku kehidupan sebagai Yang Dipertua Negeri.
"Beberapa pandangan yang Tun (Juhar) telah sampaikan, Insya-Allah saya akan bawa balik ke Putrajaya untuk disampaikan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Istana Negara
#angkat sumpah
#kunjungan hormat
#Yang Dipertua Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan