awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi selar poster tajuk berita disunting bagi tujuan fitnah

Bernama
Bernama
25/06/2023
15:56 MYT
Fahmi selar poster tajuk berita disunting bagi tujuan fitnah
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini menyelar tindakan pihak tertentu yang menyunting poster tajuk berita sebuah media tempatan bagi tujuan memfitnah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini menyelar tindakan pihak tertentu yang menyunting poster tajuk berita sebuah media tempatan bagi tujuan memfitnah.
Beliau berkata terdapat penambahan ayat pada akhir tajuk berita itu yang berbunyi 'Jangan guna jentera kerajaan kempen untuk parti politik. Kami takpe - Fahmi' sedangkan tajuk asal ialah 'Jangan guna jentera kerajaan kempen untuk parti politik - Fahmi.'
"Fitnah semakin berleluasa. Yang palsu ini disebar di WhatsApp dan lain-lain," katanya dalam hantaran di laman Facebook malam ini dengan memuat naik tangkap layar poster tajuk berita yang betul dan palsu.
Fahmi turut memuat naik pautan berita media tempatan tersebut iaitu mengenai peringatan beliau kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan agar tidak sesekali menggunakan jentera kerajaan bagi berkempen untuk parti politik pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
Katanya beliau memberikan peringatan itu ketika sesi libat urus bersama pegawai lapangan Jabatan Penerangan Kelantan malam tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#poster
#tajuk berita disunting
#fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan