awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga penyampai berita TV3 Raymond Goh

Bernama
Bernama
12/09/2023
07:36 MYT
Fahmi ucap takziah kepada keluarga penyampai berita TV3 Raymond Goh
Fahmi dalam hantaran di Facebook mendoakan keluarga Allahyarham tabah dengan ujian itu. - Sumber foto FB Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga penyampai berita veteran TV3 Raymond Goh yang meninggal dunia hari ini.
Fahmi dalam hantaran di Facebook mendoakan keluarga Allahyarham tabah dengan ujian itu.
Keluarga Allahyarham dalam kenyataan hari ini berkata Goh menghembuskan nafas terakhir dengan tenang pagi tadi selepas dalam keadaan kritikal akibat diserang penyakit angin ahmar.
Menurut keluarga Allahyarham, jenazah akan disolatkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini selepas solat Asar dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.
Goh, yang nama Islamnya Mohd Zaman Goh memulakan kerjayanya sebagai penyampai berita bagi "7 O'Clock News" sebelum beralih ke buletin berita "Nightline" di TV3.
Sebagai penyampai berita veteran dengan lebih 30 tahun pengalaman, Allahyarham turut melatih individu dalam bidang pengucapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyampai berita TV3
#Raymond Goh meninggal dunia
#7 O''clock News
#Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan