KUALA LUMPUR: Meraih sokongan orang muda merupakan antara usaha yang akan dilakukan sekiranya dipilih sebagai ketua sayap pemuda PKR, kata calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Fahmi Zainol.
Selain itu, Fahmi juga berhasrat untuk meningkatkan partisipasi golongan muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan memantapkan sayap PKR.
Salam satu teras yang saya tawarkan sekiranya dipilih sebagai Ketua AMK adalah memantapkan, memperkasakan organisasi AMK itu sendiri.
"Saya akan buat proses pengkaderasisasi, menjadikan Negeri Sembilan sebagai pengkalan di selatan, Selangor di tengah dan Pulau Pinang di utara.
"Melatih kawan-kawan AMK nilai-nilai reformasi dan kita mahu melihat ekonomi AMK iaitu bagaimana zaman kami ini menjadi pencetus ekonomi untuk menjana dana pergerakan AMK.
"Selain itu kita lihat bagaimana Ayuh Malaysia yang digerakkan itu akan dapat menjadikan AMK sebagai platform menarik sokongan golongan muda khususnya golongan undi 18," katanya ketika sesi debat Ketua AMK yang disiarkan di Astro AWANI.
Menyentuh usaha yang akan digerakkan sekirang terpilih mengetuai AMK, Fahmi menjelaskan beliau akan berusaha untuk memenangi hati rakyat terutama golongan muda.
Katanya, PKR perlu menyakinkan rakyat yang sedang menghadapi kelesuan politik untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.
Fahmi berkata, untuk mencapai hasrat tersebut PKR memerlukan strategi yang boleh menarik sokongan orang muda yang dilihat bosan dengan kerenah orang politik.
"Menuju PRU15, kelesuan dalam politik khususnya anak muda semakin besar dan kerana itu, kita perlu mengenepikan sentimen orang-orang muda dan orang luar yang menganggap orang politik ini tidak boleh pakai.
"Disebabkan itu kami pasukan Ayuh Anak Muda, kita bergerak sejajar dengan kempen salah seorang calon timbalan presiden menerusi platform Ayuh Malaysia.
"Kita menawarkan lima teras yang mana antara usahanya ialah kita berusaha untuk bekerjasama dengan lebih ramai sukarelawan untuk berada dalam kempen perubahan ini," katanya lagi.
Fahmi ‘melakar’ nama sejak menuntut di Universiti Malaya (UM), mula menjadi perhatian pada 2014 apabila menentang larangan pentadbir terhadap penganjuran satu majlis ceramah bersama Anwar di universiti itu.
Susulan itu, dia dan tujuh rakannya yang terlibat digantung pengajian, lantas mencetuskan Gerakan ‘Occupy UM’ sebagai langkah mendesak universiti untuk menarik semula hukuman yang dijatuhkan kepada mereka.
Fahmi menyertai PKR pada 2015 dan dilantik menjadi Pengerusi Biro Pelajar parti itu, sebelum diberi tanggungjawab untuk memimpin pemuda PKR di Pulau Pinang hingga hari ini.
Astro Awani
Tue May 10 2022
Fahmi menjelaskan beliau akan berusaha untuk memenangi hati rakyat terutama golongan muda. - Gambar FB Fahmi Zainol
Lelaki rantai diri di tiang gol papar baju 'kad merah kepada Israel'
Seorang lelaki merantai dirinya di tiang gol sebelum perlawanan pusingan Kelayakan Euro Wanita 2025 di antara Scotland dan Israel pagi tadi.
SPRM terima aduan baharu berkaitan isu kontrak suami Hannah Yeoh
SPRM menerima beberapa aduan baharu berkaitan isu kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada kerajaan Selangor.
Ketua sindiket antara 14 ditahan, dadah RM11.6 juta dirampas
Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas dadah bernilai RM11.6 juta, dalam serbuan di sekitar Johor Bahru.
Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan
Kereta Proton Saga yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.
Polis kesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai
Polis sedang mengesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, di George Town semalam.
Tumpahan minyak lori terbakar hampir sebabkan gangguan air di Selangor
Tumpahan minyak daripada kenderaan itu berisiko menyebabkan pencemaran kepada sumber air berhampiran Sungai Lamiar dan seterusnya ke Sungai Labu, Selangor.
Raikan perpaduan, teras ke arah kemakmuran bersama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak khususnya di Sarawak dan di mana sahaja mereka meraikan perayaan itu.
Alena & Velvet ajak anda 'berjugit' Gawai ini
Pemain sape Alena Murang dan penyanyi Velvet Aduk mengajak anda 'berjugit betanda' sempena kemeriahan sambutan pesta menuai kali ini. 'Berjugit Betanda Menari' lagu rancak yang disulamkan dengan rentak etnik ini adalah karya pertama dua duo ini yang turut dinyanyikan dalam bahasa Iban dan Dusun.
Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah
Perkara ini selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuat kuasa hari ini.
Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis
Kerap menjadi mangsa buli siber, penyanyi Iman Troye mengakui pernah berdepan ugutan bunuh terhadap kedua-dua ibu bapanya.
Dakwaan warga asing kuasai rantaian bekalan sayur di Pulau Pinang tidak benar - Exco
Kerajaan Pulau Pinang akan menyiasat aduan berhubung pendatang asing mengusahakan kebun sayur secara haram.
Pencemaran: Ladang ternakan babi di Sungai Lembu diarah tutup - Fahmi Zainol
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang mengarahkan sebuah ladang ternakan babi di perkampungan Sungai Lembu, di Bukit Mertajam ditutup.
Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara
Nurul Izzah sebelum ini pernah melaksanakan kajian kemiskinan multidimensi Permatang Pauh yang dapat menyumbang kepada indeks kemiskinan negara.
Fahmi Zainol tekad raih sokongan orang muda jika dipilih mengetuai AMK
Fahmi juga berhasrat untuk meningkatkan partisipasi golongan muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan memantapkan sayap PKR.
Adam Adli atau Fahmi Zainol? Debat Ketua AMK 8.30 malam ini
Kedua-duanya aktivis muda yang lantang dan agresif, kedua-duanya punyai matlamat sama untuk memimpin AMK membantu PKR menuju PRU15.
Debat Pemilihan PKR: Adam Adli, Fahmi Zainol berdebat 10 Mei ini
Muda, lantang bersuara adalah persepsi umum kepada mereka namun mampukah buah fikiran dan kata-kata itu diterjemah sebaiknya di pentas?
#5Tahun2020: Malaysia negara yang belum matang demokrasi - Fahmi Zainol
Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasinya belum matang lagi, tetapi ia masih mempunyai ruang dan peluang untuk mencapainya, kata Fahmi Zainol.
Occupy UM8: Tidak sampai 500 berhimpun, adakah perjuangan mahasiswa gagal?
12 Disember merupakan hari ketiga mahasiswa Universiti Malaya (UM) berhimpun membuat protes duduk bantah Occupy UM8 yang menuntut pihak universiti menggugurkan hukuman terhadap kumpulan UM8.
Mahasiswa UM mula 'occupy' kampus tanda sokong Fahmi Zainol
Beberapa mahasiswa Universiti Malaya 'berkhemah' di kampus sebagai tanda sokongan terhadap Fahmi Zainol yang digantung pengajian.
Gantung pengajian Fahmi Zainol, UM kembali ke zaman batu: Mahfuz
Mahfuz berkata Universiti Malaya sepatut melahirkan rakyat yang berani yang berjiwa besar dan berani, bukan penakut dan memendam perasaan.