awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faktor cuaca, hujan tidak menentu punca kenaikan harga sayur di P. Pinang - KPDNHEP

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
23/11/2021
12:42 MYT
Faktor cuaca, hujan tidak menentu punca kenaikan harga sayur di P. Pinang - KPDNHEP
Faktor cuaca serta hujan tidak menentu menjadi punca berlakunya kenaikan harga sayur-sayuran di Pulau Pinang sejak dua minggu lalu. - Gambar hiasan/BERNAMA
GEORGE TOWN: Faktor cuaca serta hujan tidak menentu menjadi punca berlakunya kenaikan harga sayur-sayuran di Pulau Pinang sejak dua minggu lalu.
Selain itu, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang, kerosakan tanaman di Cameron Highland, Pahang yang sekali gus mengakibatkan kekurangan bekalan turut menyumbang kepada kenaikan harga sayur di negeri itu.
Pengarahnya, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, antara lain, faktor cuaca yang sejuk melampau serta kenaikan kos pengangkutan dari negara pengeluar juga menyumbang kepada kenaikan tersebut.
Mohd Ridzuan berkata perkara itu disahkan Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
"Bekalan sayur-sayuran import turut berkurangan ekoran negara pengeluar mengalami keadaan cuaca (musim sejuk yang melampau) serta kenaikan kos pengangkutan kontena daripada negara asal," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Berikutan itu, Mohd Ridzuan berkata, pihak KPDNHEP telah menyerahkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) ke atas pengimport dan pemborong sayur bagi mendapatkan maklumat harga sayur-sayuran.
"KPDNHEP sentiasa melakukan pemeriksaan harian bagi memantau bekalan dan harga barangan keperluan harian pengguna di negeri itu," katanya lagi.
Sementara itu, pengguna yang berdepan dengan sebarang masalah berkaitan boleh menyalurkan aduan kepada KPDNHEP dengan menghubungi Bilik Gerakan KPDNHEP Negeri Pulau Pinang ditalian 04-3840245, Pusat Arahan Penguatkuasaan (Enforcement Command Centre) : 03-8882 6088 / 03-8882 6245 atau Portal e-aduan KPDNHEP (https://eaduan.kpdnhep.gov.my).
Mereka juga boleh menghubungi Call centre: 1 800 886 800 atau menghantar Emel : [email protected].
Terdahulu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa (KPDNHEP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah segera menangani kenaikan harga sayur -sayuran di negeri itu.
BACA: CAP gesa KPDNHEP, FAMA ambil langkah segera atasi kenaikan harga sayur di P. Pinang
Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, beberapa jenis sayur-sayuran dikesan mengalami kenaikan harga sehingga 200 peratus sejak dua minggu lalu.
Antara sayuran yang mengalami kenaikan harga termasuklah kubis bunga, sawi pendek, brokoli, sawi, kacang buncis, kubis, cili merah dan cili hijau.
Topic Berkaitan
#harga sayur
#kenaikan harga
#faktor cuaca
#hujan tidak menentu
#pulau pinang
#KPDNHEP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan