awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faktor kemiskinan antara punca keciciran murid, pelajar - Fadhlina

Bernama
Bernama
15/06/2023
10:52 MYT
Faktor kemiskinan antara punca keciciran murid, pelajar - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM dengan kerjasama NGO sedang mengumpul data bagi menangani isu tersebut. - Gambar fail/ Bernama
TUMPAT: Faktor kemiskinan dikenal pasti antara punca masalah keciciran dalam kalangan murid dan pelajar, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata susulan itu Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) sedang mengumpul data bagi menangani isu tersebut.
Katanya namun paling penting dalam soal keciciran pelajar ia bukan sahaja tanggungjawab KPM, sekolah dan guru, malah perlu wujud ekosistem daripada semua pihak termasuk ibu bapa dan komuniti.
"Kebimbangan itu ada kita pun tak defensif dalam soal kebimbangan itu. Sebab itu kita buat intervensi jadi kebimbangan itu diatasi dengan intervensi, jadi komitmen kita tinggi dan kita tidak berseorangan dalam konteks ini kerana ia turut dilakukan oleh NGO dan bersama KPM dan komuniti," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru sebagai Sekolah Komprehensif (K9), di sini hari ini.
Sementara itu mengulas mengenai K9, Fadhlina berkata langkah mewujudkan sekolah khas tersebut merupakan antara langkah diambil bagi mengatasi masalah keciciran pelajar dan murid.
"SK Pulau Beluru merupakan sekolah pertama K9 di Kelantan. Ini merupakan antara inisiatif KPM untuk menangani keciciran pelajar.
"K9 SK Pulau Beluru ini akan memastikan anak-anak ini berada di sekolah untuk tempoh darjah satu hingga tingkatan tiga," katanya.
Fadhlina berkata ketika ini terdapat 16 sekolah K9 termasuk di Pahang, Selangor, Perak dan Sarawak.
"Kita akan lihat dari semasa ke semasa keperluan untuk menambah bilangan sekolah K9," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keciciran pelajar
#Kementerian Pendidikan
#Fadhlina Sidek
#kemiskinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan