KUALA LUMPUR: Penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 3 Mei depan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata kerajaan sebelum ini memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi penubuhan fakulti itu selari dengan perkembangan teknologi termasuk AI.
"Buat masa ini, Kementerian Kewangan memberikan peruntukan awal dan fakulti itu sedang diperbaiki dan diubah suai...peralatan berkaitan juga sedang dilengkapkan di fakulti ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan yang ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai penubuhan Fakulti AI.
Dalam pada itu, Mustapha berkata keputusan untuk menutup atau mengubah suai fakulti mengikut perkembangan semasa berdasarkan kebolehpasaran graduan.
"Kementerian akan menilai fakulti mengikut indikator berkaitan kebolehpasaran graduan, bila kebolehpasaran graduan di bawah 30 peratus, memang fakulti itu terpaksa diberhentikan atau diubah suai supaya mengikut keperluan industri.
"Kita akan pastikan pelajar di semua fakulti dapat mengikuti kursus yang didedahkan dengan teknologi baharu terutamanya AI," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Senator Hussin Ismail yang ingin mengetahui sama ada terdapat kesan terhadap kursus sedia ada di insitusi pengajian tinggi disebabkan perkembangan AI dan langkah diambil kementerian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Ts Mustapha Sakmud ketika Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

UTM terima 3,154 pelajar baharu bagi sesi akademik 2024/2025
Seramai 2,977 pelajar mendaftar pengajian di kampus UTM Johor Bahru dan 177 pelajar di kampus UTM Kuala Lumpur.

Fakulti AI UTM dijangka dirasmikan 3 Mei depan
Penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijangka dirasmikan pada 3 Mei depan.