Satu jenama perkhidmatan penghantaran baharu dikenali sebagai AgroXpress diperkenalkan oleh Agro Bazar Online (ABO) Trading.
Uniknya, perkhidmatan yang diselia oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sarawak ini mengkhususkan penghantaran produk-produk pertanian dari usahawan tempatan di Sarawak.
Menurut Pengurus ABO Trading, Zamahari Hanapi, idea untuk mewujudkan platform atas talian itu bermula apabila pihaknya menyaksikan perkembangan positif hasil jualan produk ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Produk yang dibeli akan dikendalikan oleh ABO Trading. Jadi setiap pembelian secara atas talian akan dihantar oleh ABO Trading.
“Ia akan menjadi platform bersepadu terutamanya buat usahawan di luar kawasan,” katanya.
Tambah Zamahari lagi, sistem ini akan memberi manfaat besar kepada pelanggan dan usahawan tani kerana ianya mesra pengguna dan efisien.
Ujarnya, premis ABO kini menempatkan lebih 20 jenama tempatan dengan pelbagai pilihan produk dari Sarawak.
Walaupun penghantaran dilakukan secara terus kepada pelanggan, Zamahari berkata, pihaknya tidak mengambil ringan garis panduan keselamatan ketika menjalankan operasi tersebut terutama dalam kalangan kakitangannya.
“Sekiranya kakitangan kami melakukan penghantaran ke rumah, mereka tidak dibenarkan masuk.
“Barangan yang dihantar perlu ditinggalkan di perkarangan rumah iaitu di mana-mana bahagian yang bersesuaian seperti meja,” jelasnya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Dalam masa yang sama, Zamahari memberitahu platform yang diperkenalkan ini akan menambah peluang pekerjaan terutamanya buat lepasan siswazah, usahawan tani dan belia.
Zamahari turut menyarankan mereka yang berminat untuk menyertai AgroXpress sebagai penghantar boleh melakukan permohonan di laman sesawang www.agrobazaronline.com.my .
Zamahari berkata demikian pada majlis pelancaran AgroXpress di Pusat Komersil Swan di Kuching pada Sabtu.
Astro Awani
Sat Jul 25 2020

Sistem perkhidmatan penghantaran kini dipelbagaikan lagi dengan pemasaran produk pertanian usahawan tempatan melalui AgroXpress. -Gambar Astro Awani

AWANI Ringkas: PM umum pakej PERMAI RM15 bilion | Kerajaan perluas Geran Khas Prihatin kepada 7 negeri

Vaksin COVID-19: KKM ambil maklum laporan susulan kes kematian di Norway
Autopsi menunjukkan penerima mengalami demam, mual dan cirit-birit yang merupakan kesan advers biasa selepas penerimaan imunisasi.
![AWANI 7:45 [18/01/2021]: Pakej berjumlah RM15 bilion | Pengguna terkesan AWANI 7:45 [18/01/2021]: Pakej berjumlah RM15 bilion | Pengguna terkesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/29301631761610974651236/1886146_27846248381610974792060_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [18/01/2021]: Pakej berjumlah RM15 bilion | Pengguna terkesan
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Jasmine Abu Bakar Fokus #AWANI745: - Tiga fokus, 22 inisiatif, RM15 bilion untuk Pakej Permai - Proklamasi darurat, saman pemula dikemukakan terhadap Perdana Menteri, kerajaan - Permit, lesen syarikat kuari musnahkan air terjun Tanjung Batu ditahan #Darurat #PolitikMalaysia #HapusCOVID19

Angkat sumpah Biden | FBI arah 25,000 tentera disiasat
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengarahkan kesemua 25,000 anggota tentera di Washington DC menjalani pemeriksaan keselamatan. Ini susulan kebimbangan pihak berkuasa serangan dilancarkan dalam kalangan anggota keselamatan pada upacara angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden 20 Januari ini.

Cabar proklamasi darurat bukti Anwar utamakan politik peribadi - MPT Bersatu
Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mencabar proklamasi darurat melalui mahkamah jelas memperlihatkan sikapnya yang lebih mementingkan agenda politik peribadi.

Bunuh kucing | Broker wanita mengaku tidak bersalah
Seorang broker wanita, Hah Choy Kheng, 52 tahun mengaku tidak bersalah memukul seekor kucing betina dan anak kucing sehingga mati pada Disember lalu.

Minyak Masak | Kenaikan harga antara RM1 hingga RM1.50
Minyak masa di Hulu Terengganu didapati terdapat kenaikan harga hasil tinjaun di sebuah pasar raya

COVID-19 | PKP 2.0 di Seremban, Port Dickson bermula Selasa
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat atas nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) susulan terdapat peningkatan kes COVID-19 yang sangat tinggi dan mendadak dalam tempoh 14 hari yang lalu.

Proklamasi darurat | Khairuddin kemuka saman pemula kepada Muhyiddin, Kerajaan Malaysia
Bekas Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengemukakan saman pemula di Mahkamah Tinggi, di sini pada Isnin terdapat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Malaysia berhubung Proklamasi Darurat.

Laporan Khas | Hutan Pantai diancam kepupusan
Naib Pengerusi Persatuan Pembela Alam Semulajadi dan Samudera (NOAS), Ibrahim Ngah Ahmad berkata, ini kerana, hutan tersebut merupakan yang terbesar dan mempunyai kepelbagaian khazanah termasuk hutan bukit, hutan pantai dan hutan bakau.

FAMA Sarawak perkenal perkhidmatan penghantaran AgroXpress
Jenama AgroXpress yang dikendalikan oleh ABO Trading ini akan memudahkan urusan jual beli antara pelanggan dan usahawan tani tempatan