awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAMA sasar RM57.5 juta bagi Jualan Agro MADANI 2024

Bernama
Bernama
13/01/2024
21:15 MYT
FAMA sasar RM57.5 juta bagi Jualan Agro MADANI 2024
Aminuddin berkata inisiatif itu dijangka memberi manfaat melibatkan 7.2 juta isi rumah dengan nilai penjimatan dianggarkan RM77.25 juta. - Foto fail/BERNAMA
KUCHING: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan sebanyak RM57.5 juta bagi program Jualan Agro MADANI 2024 yang bakal diadakan di 5,000 lokasi di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Pengerusi FAMA Aminuddin Zulkipli berkata inisiatif itu dijangka memberi manfaat melibatkan 7.2 juta isi rumah dengan nilai penjimatan dianggarkan RM77.25 juta.
"Tahun lepas kita sasar jualan sekitar RM50 juta namun kita capai hampir RM100 juta jadi untuk tahun ini kita mungkin boleh capai angka yang sama kerana cuaca tahun ini pun kelihatan memihak kepada kita jadi kita mohon semua pihak berkaitan untuk bekerjasama kekalkan momentum dan capai sasaran.
"Kalau nak capai mesti nak lebih berbanding (tahun) sebelumnya baru lah ada faktor motivasi," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas merasmikan Jualan Agro MADANI di Medan Niaga Satok, di sini, pada Sabtu.
Inisiatif Jualan Agro MADANI diadakan melalui tiga agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan iaitu FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang serta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebagai strategi membantu golongan berpendapatan rendah terutamanya kumpulan B40 menghadapi cabaran kos sara hidup yang tinggi.
Antara aktiviti jualan yang dilaksanakan termasuk pelbagai barangan keperluan agromakanan seperti produk segar sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, ayam, daging dan telur secara terus dari ladang pada harga 10 peratus ke 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran tempatan.
Pada tahun lepas, program berkenaan mencatatkan nilai jualan melebihi sasaran iaitu RM90.8 juta setelah diadakan di 5,271 lokasi seluruh negara, melibatkan 73,508 usahawan.
Program itu juga berjaya mencatatkan nilai penjimatan sebanyak RM27.2 juta kepada 10.5 juta isi rumah pada 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAMA
#Jualan Agro MADANI 2024
#memberi manfaat
#faktor motivasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan