awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara

Bernama
Bernama
23/02/2025
21:00 MYT
FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata penambahan pengeluaran kelapa dijangka menstabilkan bekalan di seluruh negara, terutama bagi menampung keperluan sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri. - Gambar hiasan/BERNAMA
PASIR PUTEH: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia, bagi menampung keperluan untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan itu di seluruh negara, sejak bulan lepas.
Ketua Pengarahnya Abdul Rashid Bahri berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas dan perkara ini turut dilaporkan dalam persidangan kelapa sebelum ini.
"Berikutan itu, FAMA telah mengambil pendekatan mendapatkan tambahan bekalan kelapa di satu lagi kawasan dari Indonesia iaitu Palembang...sebelum ini di kepulauan Riau.
"Kita juga turut pergiatkan semula usaha mendapatkan kelapa dari Sabah serta Sarawak dan penelitian yang dilakukan di pusat belian FAMA mendapati jumlah bekalan kelapa telah mencatatkan peningkatan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Menandatangani Perjanjian Jual Beli Foward Agreement Peserta Tanaman Tembikai Kampung Haji Wan Omar, di sini semalam, yang turut dihadiri Pengarah FAMA Kelantan Wan Faizatul Aniza Ismayatim.
Abdul Rashid berkata penambahan pengeluaran itu dijangka menstabilkan bekalan kelapa di seluruh negara, terutama bagi menampung keperluan sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri.
"Hasil lawatan saya ke Thailand baru-baru ini juga mendapati negara itu turut mendapatkan bekalan kelapa dari Vietnam, sekali gus memberi kelebihan kepada kita untuk memperoleh bekalan kelapa yang lebih banyak," katanya.
Mengulas berhubung cubaan menyeludup kelapa ke Thailand, beliau berkata setakat ini tiada bukti yang jelas bekalan berkenaan dieksport ke negara berkenaan.
Beliau berkata semua yang ditahan mempunyai lesen menjual serta memborong yang sah dan kesalahan mereka hanyalah tidak mempamerkan papan tanda sebagai pembeli dan pembekal kelapa yang berlesen.
"Kita juga tidak berhasrat untuk mengehadkan pemberian lesen tersebut kerana lagi ramai yang berniaga lagi bagus selain memastikan tiada pihak tertentu memonopoli perniagaan ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAMA
#bekalan kelapa
#import
#Abdul Rashid Bahri
#kekurangan bekalan kelapa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan