awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Farah Lee kongsi kehadiran dron ketika pelayaran misi Global Sumud Flotilla ke Gaza

Astro Awani
Astro Awani
01/10/2025
00:20 MYT
Farah Lee kongsi kehadiran dron ketika pelayaran misi Global Sumud Flotilla ke Gaza
Farah menyatakan bahawa walaupun terdapat peningkatan aktiviti dron di sekitar kapal, keadaan di atas dek masih terkawal dan tenang. - Foto TikTok/Farah Lee
KUALA LUMPUR: Aktivis kemanusiaan dan personaliti media sosial, Farah Lee, yang kini menyertai pelayaran misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, memaklumkan bahawa beberapa dron mula kelihatan berlegar di ruang udara kapal yang dinaikinya awal pagi Rabu.

Ringkasan AI
  • Farah Lee memaklumkan beberapa dron mula berlegar di sekitar kapal yang dinaikinya awal pagi Rabu, namun keadaan di atas dek kekal tenang dan terkawal.
  • GSF merupakan konvoi antarabangsa yang menghimpunkan aktivis dari pelbagai negara untuk menyampaikan bantuan dan solidariti kepada rakyat Palestin.
  • Konvoi telah memasuki zon kuning dan dijangka ke zon merah Gaza dalam masa terdekat, dengan Farah terus menarik sokongan ramai melalui perkongsian aktif di media sosial.

Dalam kemas kini yang dikongsikan sekitar jam 2.30 pagi waktu Malaysia, Farah menyatakan bahawa walaupun terdapat peningkatan aktiviti dron di sekitar kapal, keadaan di atas dek masih terkawal dan tenang.
“Farah sekarang tengah 'night watch' dan malam Ini banyak 'increase number of drones, activities'.
"Dron sudah banyak atas kami berlegar-legar di sekeliling bot kami,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Misi GSF merupakan inisiatif kemanusiaan antarabangsa yang menghimpunkan aktivis dari pelbagai negara bagi menyampaikan bantuan dan solidariti kepada rakyat Palestin yang terkesan akibat konflik berpanjangan.
Konvoi ini membawa mesej keamanan dan sokongan moral kepada penduduk Gaza yang berhadapan dengan sekatan dan krisis kemanusiaan.
Setakat ini, konvoi GSF dilaporkan telah memasuki zon kuning dan dijangka akan bergerak ke zon merah Gaza dalam masa terdekat.
Kehadiran dron dipercayai sebagai langkah pemantauan, namun belum ada sebarang insiden yang mengganggu perjalanan misi.
Farah Lee merupakan antara aktivis Malaysia yang aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan dan sering berkongsi perkembangan misi melalui platform media sosial, menarik perhatian ramai pengikut yang menyokong usaha solidariti global terhadap Palestin.
Topic Berkaitan
#Farah Lee
#GSF
#Gaza
#dron
#Sumud Flotilla Tracker
#Sumud Nusantara Tracker
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami