awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Farid Kamil enggan cerai Diana Danielle, mahkamah perintah lantik Jawatankuasa Pendamai

Khalis Khadir
Khalis Khadir
16/12/2024
04:10 MYT
Farid Kamil enggan cerai Diana Danielle, mahkamah perintah lantik Jawatankuasa Pendamai
Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan Farid Kamil dan Diana Danielle (tengah) melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid enggan melafaz cerai pada sebutan kali kedua kes penceraian mereka. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle diperintah melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, sebentar tadi.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan Farid Kamil dan Diana Danielle melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid enggan melafaz cerai pada sebutan kali kedua kes penceraian mereka.
  • JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan untuk memberi nasihat dan mencari penyelesaian dalam kemelut rumah tangga. Mahkamah menetapkan 24 Mac tahun depan untuk sebutan semula dan laporan JKP.
  • Diana memfailkan penceraian kali kedua pada 4 November lalu kerana tiada lagi persefahaman dan perbalahan yang panjang. Mereka pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos tahun lalu tetapi rujuk kembali sebulan kemudian.

Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamarudin memerintahkan demikian selepas Farid Kamil Zahari, 43, enggan melafaz cerai terhadap isterinya itu pada sebutan kali kedua kes penceraian mereka pada Isnin.
Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson enggan memaklumkan wakil JKP yang akan mewakilinya, manakala Farid belum melantik wakil JKP.
Mahkamah menetapkan 24 Mac tahun depan untuk sebutan semula kes dan laporan JKP kedua-dua belah pihak.
Semasa prosiding, Diana diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Farid diwakili Fakhrul Azman Abu Hassan.
Pada prosiding terdahulu, Akberdin memaklumkan, tiada lagi persefahaman dan perbalahan yang panjang antara punca Diana tekad memfailkan penceraian kali kedua pada 4 November lalu.
Permohonan cerai dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Pada 10 Mac 2023, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Farid dan Diana kemudian bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu, namun rujuk kembali sebulan kemudian.
Topic Berkaitan
#Farid Kamil
#Diana Danielle
#kes cerai
#enggan lafaz cerai
#Jawatankuasa Pendamai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan